Rabu, Jun 29, 2011

WANITA ITU PERLU DIPIMPIN

Assalamualaikum,
sahabat2 alam maya mahupun alam nyata, kupohon ampun dan maaf kerana terlalu lama rasanya IBU GEBU tidak menumpahkan tinta rasanya buat kalian...
segalanya adalah terlalu peribadi untuk kukongsikan...

(gambar sumber google)

N3 pertama ini setelah sekian lama bercuti bukan berkaitan gander, tidak ku tujukan hanya sebelah pihak tapi kedua2 pihak iaitu lelaki & wanita...
aku sebagai seorang wanita juga anak, ibu dan juga isteri suka nak berkongsi rasa ini...
rasa yang jauh disudut hati ingin disayangi dan dihargai oleh kaum lelaki...
aku tidak sempurna...  ku akui aku degil, malas dan ego...
tapi apa yg mengubah ku?

ABAH & SUAMI...
ya... mereka berdualah lah yg banyak mengubah ku kepada siapa diriku sekarang...
jika tidak aku akan terus dgn duniaku... membuang masa, lupa dan bangga diri wlpun hakikatnya terlalu banyak kekurangan...

ABAH banyak memberi nasihat & tunjuk ajar ketika ku belum menjadi milik orang...
dan kini, kasih tertumpah pada SUAMI yang tegas dlm membentuk peribadi isterinya... jika tidak begitu, masakan ada pepatah mengatakan jika kita nak lihat siapa perempuan itu, lihat dahulu siapa suaminya...

kini, aku yakin & percaya selain keinginan diri sendiri utk berubah, aku juga dinaungi oleh kasih sayang 2 orang hero terhebatku iaitu suami dan abah...

mudah2an anak bujang ibu AIMAN juga bakal menjadi hero buat ibu dikala dirimu dewasa kelak, insyaAllah...

kesimpulan N3 ini, siapa pun diri kita... ya, betul kita perlukan pasangan untuk menjadikan diri ini sempurna, dan ini juga merupakan sunah nabi untuk hidup berpasang2an, tapi ingat dengan ikatan yg sah...

wanita perlu dipimpin kerana sifat lembutnya lantaran dicipta dari tulang rusuk nabi adam, dah Allah melantik lelaki sebagai khalifah untuk memimpin wanita bukannya merosakkan maruah & menjadikan mereka keras kerana kesalahanmu memimpin...
...dan wanita, juga adik2ku yg masih belum bersuami, tidak salah kita berkawan (wajib menjaga batas2 pergaulan)  untuk saling menasihati, menghormati... kerana kakak percaya, dlm perhubungan kita akan menjadi perfectionist atau ingin kelihatan sempurna dimata pasangan kita, kita akan saling menegur jika ada kekurangan pd pasangan...
itu tandanya kita menghormati pasangan & perhubungan yg dijalin agar pasangan akan sempurna dimatamu setelah sidia sah menjadi milik kita nanti...

(gambar sumber google)

HEBATNYA SIFAT KEPIMPINAN ITU!!!

2 ulasan:

Cik Kamoo berkata...

wanita mmg perlu sentiasa dipimpin

azrinna berkata...

Lelaki dan perempuan saling melengkapi tapi utk melengkapi perlu apa yg dipanggil toleransi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...