Isnin, Mei 09, 2011

ANWAR HADI @ DIGI WWWOW Awards: video of the year...

jom sama2 kita undi anak melayu kita yg berjaya dgn vlog beliau di You Tube ni...
beliau dikategorikan dlm byk kategori dan "video of the year" adalah salah satu drpdnya...
nak undi senang je, just click dekat link ni...
klu ada yg x kenal lagi siapa anwar hadi ni, xpe korang layan dulu video dia ni, klu suka vote, x suka x yah vote ok... itu sahaja...
p/s: klu korang layan semua vlog anwar hadi ni, automatically korang akan mengenali beliau... TRUST ME!!!

Sabtu, Mei 07, 2011

SALBANI ASHAARI a.k.a BEN ASHAARI

JOM LAYAN PENDEDAHAN  BEN TENTANG DIRINYA DI SINI...

sambil tu boleh layan views tasik seri empangan di putrajaya yang mengasyikkan dan nyaman itu...

ANWAR HADI video terbaru... #13

video ini diupload pada 3 April 2011... jom tengok, nak tengok directly boleh klik SINI

Jumaat, Mei 06, 2011

BINGKA UBI KAYU

AS SALAMUALAIKUM, hai kawan2... apa khabar hari ni? hari ni penghulu segala hari iaitu hari JUMAAT... salam jumaat dari IBU GEBU buat pengunjung2 setia blog ini...


pagi ni ita buat bingka ubi kayu sebab teringin sangat nak makan, dah lama tak makan sejak2 bermastautin di terengganu ni susah nak jumpa bingka ubi ni... silap2 mmg xde orang buat, klu lepat ubi tu adalah jugak... kalau kat johor tiap2 minggu beli kat pasar malam Tmn Cempaka dekat mak cik sorang tu mmg mabeles bingka dia...


ubi ni pun ita dapat dari kebun mak sedara suami, dia ada tanam sikit kat belakang rumah, mula2 nak beli cari pusing satu besut x jumpa, selalu klu bab ubi ni kawasan orang jual dekat TEMBILA, tapi masa pergi tu sebatang ubi kayu pun xde, x musim kata mereka... haish, klu kat johor hari2 ada org jual (dlm hati berkata...)


jom kita layan resepi bingka ubi ni, ini versi letak gula merah, ada orang letak gula pasir je... resepi lebih kurang buat lepat, tapi lepat letak kelapa parut, yang ni letak santan...

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

2 kg ubi kayu
3 cawan gula merah
4 1/2 cawan santan pekat
1st garam

ubi disagat halus & ditapis airnya
*air dari ubi jangan buang, masuk dlm magkuk lain dahulu lebih kurang 10 minit
*lepas 10 minit, buang air perahan ubi perlahan2 dan ambil sagu ubi yang mendak di bawah mangkuknya..
kemudian campur semua gula + santan + garam + sagu ubi kayu & gaul sebati

panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
sediakan loyang 10 inci & lenser dengan minyak masak

bakar selama 1 1/2 jam guna api atas bawah
sejukkan baru dipotong

mudah kan? macam buat jemput2 aje adunan dia...
jadi, apa tunggu lagi? jom buat, boleh buat sarapan atau minum petang...


SALAM MANIS DARI ITA & KITA JUMPA LAGI UNTUK N3 SETERUSNYA...
INGAT, JANGAN CURANG!!!

Khamis, Mei 05, 2011

... JIKA ANDA SEORANG BLOGGER

SAYA DAPAT BANNER NI DARI  ......www.benashaari.com

Untuk mengetahui cara dan tujuan , sila klik SINI

Selasa, Mei 03, 2011

KEK BUAH NAGA (DRAGONFRUIT)

kek ni sebenarnya special request dari kawan pejabat hubby ita, minta buatkan kek buah naga ni...
siap dia supplykan buah naga sekali, fresh dari kebun dia sendiri...
nak cakap apa? itulah untungnya berbudi pada tanah...
inilah buah naga yang dia bagi tu... gumuk2 woo...

maka terhasillah kek buah naga yg sedap itu...
komen dari kawan hubby, sedap... bila buah naga dekat rumah dia dah masak, nak suruh buatkan lagi...
so, korang2 kat sana tu, klu nak tahu mcmana rasa kek ni, kenalah cuba buat sendiri...

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

KEK BUAH NAGA (DRAGON FRUIT)

1 biji buah naga (saiz besar, anggaran 500g) 
*buah naga ni dilenyek n ditapis airnya -ita guna tapis santan yg kain tu (berat setelah dilenyek & ditapis air adalah 200g)

3 biji telur saiz A
180g tepung gandum
150g gula pasir
120ml @ 1/2 cawan minyak masak
1st esen vanilla
1st ovalette
1st baking powder
1st soda bikarbonat

panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius
gunakan loyang bersaiz 9 inci *lenser dgn minyak masak & boleh alas kertas minyak

tepung+soda bikarbonat+baking powder diayak bersama (asingkan dlm magkuk lain dulu)
pukul telur+ovalette+gula sampai kembang (putih & berkrim)
masukkan esen vanilla
masukkan buah naga & tepung yg diayak tadi
last sekali masukkan minyak masak
adun rata & tuang adunan dlm loyang tadi

tutup loyang dengan aluminium foil
bakar selama 1 jam

kek ni memang tak ada bau buah naga langsung...
seperti yg kita sedia maklum, buah naga memang x de bau, x macam durian atau pisang...
ita letak esen vanilla tu dapatlah wangi sikit disamping nak hilangkan bau hanyir telur...
yang dapat rasa buah naga tu cuma dari biji buah naga yang memang bersepah dalam kek ni...
rangup aje bila tergigit biji yang halus2 tu...

for sure, korang x pernah jumpa lagi kek buah naga ni kan?
sebab ita search dekat google pun x jumpa resepinya (setakat N3 ni ditulislah...)
kalau puding @ air buah naga memang ada...

jadi, jangan segan2 buat sendiri kek ni, gerenti puas hati...
dapatlah dipelbagaikan lagi resepi buah naga tu, daripada makan mcm tu sahaja...
betul tak? 

so, last N3 ita akhiri dgn nantikan N3 seterusnya,
INGAT, JANGAN CURANG!!! sayang semua...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...