Rabu, April 27, 2011

SANTAIBENASHAARI.blogspot: blog baby BEN!

hai, just nak inform kawan2 tentang blog terbaru dari BEN ASHAARI, entry pertama beliau dah pun publish untuk blog baru ni, dan blog ini adalah blog peribadi untuk beliau dengan N3 yang lebih dekat dengan ben sendiri...

means xde segmen2, xde review2... rasanyalah kot...
semoga ben sukses dgn blog terbaru beliau ni n boleh kumpul followers banyak2 lagi, ibu jengah sekejap tadi dah ada 150 followers jugak x sampai berapa hari... erm, good progress...
nak banding dgn blog IBU GEBU ni berbulan2 publish, 100 pun x sampai lagi...
x pe alon-alon... pe2 hal pun jom support blog sifu kita nih...sini ha...

Isnin, April 18, 2011

KETAM MASAK LEMAK CILI API

hai kawan2... rindu tak dgn N3 dari ibu gebu? mestilah rindu kan...kan...kan... korang semua kan sayang ngan ita... ECEH!!!

ni masak tengahari tadi... lepas makan wa pun bulan madu diawan biru sambil layan astro sampai kepetang

so, malam baru dapat updated...

amacam, tergoda tak dgn masak lemak ketam ibu gebu?

kalau tergoda, kenalah masak sendiri baru puas hati n puas tekak tu...

ibu gebu sertakan resepi sekali disini buat panduan mak budak ke bapak budak ke budak2 nak try pun boleh

tapi ni resepi biasa2 je, simple n kacang, siapa2 pun boleh masak asalkan minat ok... LAYAN...


B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U


BAHAN-BAHAN

1kg ketam - x kisah ketam apa pun (basuh n kerat 2, senang sikit nak makan)

*4 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sedikit kunyit hidup
*5 tangkai cili api (ikut selera klu nak pedas letak lebih)
(bahan bertanda* ni tumbuk halus) ita blend aje...

santan dari sebiji kelapa
3 batang serai(dititik)
sehelai daun kunyit(koyak2 je...)
3 keping asam keping (optional)

simpan sikit santan pekat letak dlm mangkuk lain
belen santan masuk dalam kuali @ periuk (anggaran sampai ketam tenggelam)
masuk ketam
masukkan bahan tumbuk tadi
bolehlah hidupkan api sederhana

sambil2 kacau kuah atas kuali tu bolehlah campak2 je
serai dengan daun kunyit dengan asam keping
perasakan dgn garam dan serbuk perasa
terus kacau takut taik minyak
bila dah mendidih renehkan sampai ketam masak
last masukkan santan pekat yang simpan sikit tadi
renehkan sebentar dan bolehlah dihidang

senang tak resepi ni? senang kan?
anak2 ita ketam dah habis, tinggal kuah pun dia bedal...



cubalah sendiri, mudah2an suami n anak2 makin sayang pada kita... AMIN


perut pun dah kenyang, so nantikan N3 dari ibugebu seterusnya ok...
INGAT, JANGAN CURANG!!!



Khamis, April 14, 2011

HELIZA HELMI n gaya tudung yg cantik

kita semua tahu, heliza helmi mmg comel n cantik 
lagi2lah dia pandai bergaya dgn hijabnya
tak jemu mata memandang...

dlm N3 ni ita share gambar2 heliza helmi yg ita kagumi
sebab cantik n sopan yg ita suuuuuuuuuuuuuuuuuuka sgt tengok!!!

cantik n sweet aje bila ija letak ribbon kat shwal dia...

...kombinasi pink n purple membangkitkan seri pada wajahnya yg dah memang berseri...







fullamak, jeles betul tgk minah yg cute miut ni... warna pink n kuning digayakan dgn shwal/hair clip nampak kena aje...











inner lace warna pastel nampak natural...

cantik kan... ish, klu aiman tu dah bujang, ita dah pinangkan untuk dia hehehehe...










elegan... tokoh wanita korporat yg berjaya...
semoga berjaya dgn HELIZA HELMI PRODUCTION nya...













cepat-cepat LIKE, picture yg last ni ita admired banget!!!
x tau nape, tapi dgn editing black n white tu...
memang cara ah!!!


lepas layan gambar ija ni, amik contoh yg baik k...
dengan pemakaian hijab yg sempurna, peribadi yg molek, mjadikan ija disenangi n disayangi ramai...

klu korang LIKE wall FB dia, ija akan selalu share doa2 harian, surah2 pilihan, menyeru kita kearah kebaikan n mcm2 lagi yg baik2...
pahala betul dak ija ni...
jgn cakap ija ni menunjuk2 pulak...
sbb biasa manusia mmg mcm tu, klu depa ajak tgk konsert, pomot org gi clubbing... xde pulak yg berbunyi, x paham...x paham...

so, korang... cam biasa last N3 mesti ita cakap, taip mende ni...
nantikan N3 seterusnya...
INGAT, JANGAN CURANG!!!


10 TANDA "SIDIA" JODOH KITA...

...ita pernah berkongsi artikel ini dgn seorang sahabat yang telah kehilangan seseorang yang begitu disayangi dalam hidupnya...
kehilangan yang telah diatur oleh tuhan
...sahabat ini telah bertunang dan sedang menunggu hari bahagia apabila bakal isterinya itu memutuskan tali pertunangan atas sebab2 tertentu...

...sebagai kawan, x ada apa yg mampu ita tolong, just bagi kata2 semangat kerana beliau  terang terangan begitu depress...

...inilah artikel yg ita maksudkan... mudah2an ia juga dapat membantu kawan2 dluar sana yg dtimpa nasib yg sama... wallahua'lam...

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :

1. Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang Bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima Kita Seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa Jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami Diri Kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan Kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata Hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

 KREDIT KEPADA : iluvislam.com


 mcm biasa nantikan N3 seterusnya
INGAT, JANGAN CURANG!!!

BEN ASHAARI GEGAR LAGI

Isnin, April 11, 2011

WANITA PENDENGAR YANG SETIA

setuju x klu ita kata wanita adalah seorang pendengar setia?
*
tak kiralah kepada rakan, suami, anak, adik beradik, keluarga dan sebagainya
*
lebih2 lagi jika wanita itu seorang guru, kaunselor atau psikologist
*
bagi diri ita pula, dengan mendengar kita bukan sahaja memperolehi pengalaman baru, malah dari masalah yang kita dengari kita juga boleh belajar dari pengalaman orang lain...

tidak semua orang mendapat nasib yang baik dalam hidup mereka
hanya dengan meluahkan kepada seseorang, sekurang2nya dapat meringankan apa yang terbuku didalam hati...

ita pernah didatangi seorang sahabat satu sekolah dengan ita dulu di johor
kami berjumpa semula didalam FB
kisah hidupnya begitu beranjau dah penuh dengan tragis
dari kisah pergaulan hidupnya, kehidupan sosialnya, putus tunang dan yang terbaru beliau kehilangan ayah tersayang

bebanan keluarga terpaksa digalas olehnya yang juga anak sulung dlm keluarga
he need to be an extraordinary people untuk melepasi segala ujian itu

ita, yang serba sedikit tahu kisah hidupnya (setelah diceritakan)
cuba menjadi pendengar terbaik buatnya
hanya itu yang mampu, nak tolong dgn wang ringgit dan harta benda jauh sekali

segala pandangan serong orang terhadap dirinya dapat ditepis n he became a better person now...
baru2 ni dia ada kirim pesanan kepada ita bahawa dia ucapkan berbanyak2 terima kasih kerana ita sudi berkongsi kisah hidupnya dan sedikit sebanyak  memberi nasihat kepadanya sehingga beliau mampu berubah dan kembali menikmati ketenangan jiwa yang selama ini dicari2

kawan ita ini berjaya menjadi insan yang lebih baik dari dulu, aktiviti sosialnya juga sudah semakin kurang, semakin mendekatkan diri kepada maha pencipta, dan semakin matang jiwanya

Alhamdulillah, hanya dengan mendengar, ita mampu melihat orang berubah menjadi lebih baik yang mana memberi kepuasan kepada diri ini...

ita tak tau, mungkin ini adalah bakat semula jadi dan kecenderungan untuk mendengar & menasihati sentiasa ada walaupun ita juga bukanlah insan yang sempurna ... wallahua'lam...

SO korang..., NANTIKAN N3 SETERUSNYA
INGAT, JANGAN CURANG!!!


APAM POLKADOT n KEK COKLAT COMEL lagi

tak muak2 ita buat apam polkadot ni
sebab apa tak muak2? sebab mmg tiap2 minggu WAJIB kena buat untuk SMKSN

biasanya memang buat 4 versi n 4 warna berlainan

WARNA HIJAU UNTUK INTI KELAPA

WARNA OREN UNTUK INTI SEKAYA

WARNA PURPLE UNTUK INTI BLUEBERRY

acely ada lagi satu warna iaitu PINK untuk inti kacang merah
alkisah ita hilang ingatan pulak nak amik gambar

setelah dipacking, inilah rupanya... mintak maap gambar kelabu sikit
shooting subuh2 hari, sony ericsson ita pun baru bangun tido... paham2 ler...

setelah di campur, tolak bahagi, total sume sekali ita buat kali ni 600 pcs...
Alhamdullillah, rezeki tuhan bagi...

so, jangan lupa nantikan N3 ita seterusnya
INGAT, JANGAN CURANG!!!

Ahad, April 10, 2011

ASAM PEDAS IKAN PARI johore style

hari ni ita masak menu simple je, request dari hubby...
dia dah siap2 beli ikan dgn daun kesum segala bagai aku dah tau dah dia nak suruh masak apa...
sebagai isteri mithali, ita pun merelakan diri turun kedapur dlm keadaan kepala yg masih berat
sebab kurang tido, mlm semalamnya tido lewat sbb nk siapkan order dari SMKSN
tang order tu, kita citer kat N3 slps ini k...

resepi ni dari mak yg mmg rajin ajar ita masak dari zaman ita jahiliah dulu...


B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U


by rozita nasrony

ikan pari (potong kecil, dibasuh & ditos)

5 tangkai lada kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
sedikit belacan (optional)
*semua bahan diatas di kisar halus

air asam jawa
lada hitam (kisar kasar)
daun kesum
minyak untuk menumis
garam, gula & perasa

panaskan minyak & tumis bahan kisar tadi hingga garing & naik bau
setelah garing, masuk lada hitam kisar, kacau sebentar
masukkan air asam jawa (anggaran sampai ikan tenggelam)
masukkan ikan, didihkan sampai ikan masak
perasakan dgn sedikit garam, gula & serbuk perasa
akhir sekali masukkan daun kesum & sedia untuk dihidang

*TIPS: untuk buang hanyir ikan pari, basuh dgn asam jawa & garam

untuk lunch kali ni ita makan dgn ini ha... ikan lome kering nama dia
import tau! mak kirim dari johor, kat trganu xde menatang ni... hehehehe
tapi memang sedap tau... klu makan toksah kata mak mertua, tok penghulu lalu pun x sedar...

jadi, selamat mencuba & jgn lupa nantikan N3 seterusnya
INGAT, JANGAN CURANG!!!

KEJORA KU BERSATU & LELAKI SEJATI


dirimu persis bintang terbit dari langit
bukanlah mimpi mimpiku
di sini telah datang sayang paling dalam
bawa ku pulang berteman pelangi

kamar hati kuhiasi biar cantik biar baru
semuanya keranamu
oh yang lemah kini gagah
asal buruk jadi indah
kerana sentuhan cintamu

ku susur langkah melayangkan hari indah
bersamamu...

lilin diri takkan padam
seandainya engkau adalah sumbunya
kau lah puteri ku dambakan
bidadari syurga jelmaan dunia

AKAN KUJAGA SELURUH JIWAKU
BIARLAH KARAM BERDUA
ASAL KAU TAK TERLEPAS DARI GENGGAMANKU

"BIAR KULAMAR SAHIH DIRIMU MENJADI RATU"
BERADU DALAM PELUKANKU KEJORAKU BERSATU

by SEARCH

*lagu ini adalah antara lagu rock jiwang paling layan n paling dahsyat yang aku minat
*paling penting ada unsur positif dalam bait2 liriknya
*andai betul saling menyayangi & menyintai, muliakan dirinya sebagai ratu hidupmu
*pegangan yang harus dipegang oleh seorang "lelaki sejati"


ok guys! nantikan N3 seterusnya
INGAT, JANGAN CURANG!!!

Khamis, April 07, 2011

HARUSKAH ENGKAU DAN AKU SAMA?

dalam hidup ini adakalanya kita selalu bertanya pada diri sendiri
"kenapa aku tak boleh jadi macam dia?"
"kenapa dia boleh buat aku tak boleh buat?"
dalam persoalan ini ada 2 situasai yang perlu kita nilai
PERTAMA: adakah persoalan itu menjurus kepada perkara yg positif yg ingin kita contohi atau
KEDUA: apakah nilai yang ingin diangkat dalam perkara yg ingin kita contohi itu

kita harus ingat, Allah tidak mencipta 2 orang makluknya yang sempurna dari segala segi
waima kembar siam sekalipun pasti ada perbezaan yang akan membezakan salah seorg daripadanya

sekiranya perkara yang ingin kita contohi itu perkara yg positif dan ada nilai yg baik dari segi agama, dari segi ilmu, dari segi kekeluargaan, atau sebagainya, kita nilai pula kemampuan diri kita...

tanya diri apa sebenarnya yang aku cari dlm dunia ini?
adakah dgn nak jadi org lain aku akan berjaya?
adakah  org lain hidup bebas kesana kemari kita pun ingin bebas?

come on lah!!! rezeki telah ditentukan oleh tuhan... so, just follow the flow...
kalau itu mmg rezeki engkau, percaya dan yakinlah bahawa ia pasti akan jadi milikmu jua....
tapi jika bukan disitu rezeki kita, buatlah mcm mana pun x akan jadi juga...

persoalan ini adalah subjektif, cuba jadi yang terbaik untuk diri sendiri dahulu
kemudian barulah perkara yg baik dan yang kita inginkan akan datang dengan sendirinya
...trust me!!!

...dan kalaupun kita berjaya menjadi "seseorang" itu...
...cerita kita tak mungkin sama dengan mereka itu...


 N3 kali ini lebih kepada persoalan serius kerana ita mahu kita sama2 berfikir...
 adakalanya hidup kita juga tak selamanya gembira juga kan?

Isnin, April 04, 2011

KEK COKLAT KUKUS n APAM POLKADOT untuk tempahan

minggu yang ceria dan meriah dgn tempahan, kek coklat kukus versi 8 inci ni tempahan dari jiran dekat dgn rumah je... 
untuk versi comel2 ni pulak order by SMKSN, kalau ita buat untuk tempahan mesti buat lebih sbb askar ita yg 2 org tu suka makan n suka bwk g sekolah bagi kawan2 dia... layan kan aje lah...
inilah hasil polkadot yang dah siap tinggal tunggu nak packing, kali ni buat 4 warna dgn 4 inti berlainan, warna PINK untuk inti kacang merah, warna HIJAU untuk inti kelapa, warna OREN untuk inti sekaya n warna PURPLE untuk inti blueberry...
dalam banyak2 warna tu, mata ni berminat betul dgn warna purple... mcm sayang nak bagi orang, nak simpan buh dlm PREM (frame) hi...hi...hi...
gedebuk gedebak ita menyiapkan segala tempahan, akhirnya siap... total sume sekali 745pcs n ita packing kecik2 dapatlah 33 packet, acely untuk SMKSN ni ada jugak order karipap sardin kentang frozen 15 packet jugak tapi x ingat nak snap... penat beb!!! oklah korang, tunggu N3 seterusnya lagi dari ita ok... INGAT, JANGAN CURANG!!!

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...