Ahad, Mac 13, 2011

KARI AYAM SIMPLE

menu kari ayam ni aku masak atas request si aiman nak sangat makan roti jala cecah kari ayam, yang dahsyat tu x nak kari orang lain, nak kari ibu masak jugak... kari beli x sedap dia kata, bertuah punya budak...
roti jalanya pulak, harus... beli aje, malas setakat nak melayan tekak dia sorang ayah dia cakap beli aje bukan dia tau pun... hehehee sori aiman, ibu x sempat nak menjala buat tempahan banyak ni, len kali ibu buat eh...

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

1 ekor ayam, potong kecil & bersihkan
santan (dari sebiji kelapa)
*serbuk kari ayam adabi (peket kecil)
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sedikit kunyit hidup
*5 biji cili api
2 keping asam keping
4-5 helai daun kari
2-3biji kentang potong kecil (optional)
minyak untuk menumis


panaskan minyak dalam kuali
blend halus bahan bertanda *
tumiskan dalam minyak panas hingga garing & naik bau
masukkan ayam, gaul rata hingga ayam sedikit kering
kecilkan api, masukkan santan anggaran hingga ayam tenggelam
masukkan kentang & asam keping
renehkan kari dgn api kecil, kacau sekali sekala
bila kentang & ayam empuk, masukkan daun kari
perasakan dgn garam & serbuk perisa
sedia untuk dihidang

mudahkan? apalagi, jom masak!!!
*******************************************************************************

3 ulasan:

Norasikin berkata...

Bagus la anak suka mak masak. Makanan kat luar tu bukan selamat sangat.

airmataibu berkata...

betul tu syikin, hidup ibu ibu malaysia!!!

Norhafiza berkata...

alahai..naik meleleh lak tengok kuah kari ni...lapoooo la plak huhu...cicah ngan roti sanwich pun sedap nih kan Ita..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...