Rabu, Mac 30, 2011

APAM POLAKDOT: tempahan 400pcs

inilah hasilnya aku mengerjakan polkadot semalaman... mana taknya, dapat panggilan dah dekat2 nak mlm, nak pickup esok pagi kul 9.30... customer punya pasal, mak cik layan kan aje... janji masyuuukkk!!!
yang menyenangkan tempahan kali ni mereka x cerewet, tanya nak pilih warna apa... masing2 kata x kisah... jadi aku balunlah warna merah oren biru bagai...
apam polkadot tema colourfull with sekaya filling
dah siap packing tinggal tunggu tuan punya order ambik tempahan seperti yg dijanjikan...
yang ini pula untuk dipos menggunakan pos laju....
ita harap customer ita puas hati & sudi untuk order lagi dimasa2 akan datang
~TERIMA KASIH~

Selasa, Mac 29, 2011

DONUT GEBU 24 HOURS


donut ni memang gebu n lembut sesuai dgn namanya... yang tak tahan gebu 24 jam tu, dijamin... ha... mana nak cari?

setelah digoreng cukup utk makan petang, belen boleh simpan wat frozen, bila2 rasa nak makan baru goreng lagi, jimat masa...

ita sharekan resepi ini dari kak zu, kakak ni mmg x kedekut dgn ilmu... tanya apa saja dlm bidang masakan i.Allah dia akan tolong...

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

saya just copy paste dari resepi sebenar, mintak izin ya kak Zu cayang...

BAHAN2


(bahan A)

150 gm tepung superfine
350 gm high protein flour....
kalau takde bole gune tepung gandum 500 gm.

garam halus 1/2 sudu kecil...
4 gm soft pro...1 sudu kecil..kalo ade...
10 gm instant yeast....kalo takde mauripan 1/2 peket...
1 sudu besar baking powder
25 gm susu tepung...

(bahan B)


210 gm air sejuk...2 cawan
1 telur

(bahan C)


70 gm butter.marjerin @ shortening.

gaul bahan A....masukkan instant yeast @ mauripan.masukkan air dan telur.uli sebati...last skali masukkan butter...uli lagi hingge sebati.

PERINGATAN PENTING...sukatan ni untuk donut yng lembut...make bile memasukkan air sejuk adunan akan menjadi lembik...sangat la SESUAI jika adunan ni diadun menggunakan mixer(mixer yng buat kek tu...gune besi yng lurus tu)...uli gune mixer sehingge adunan ni dngn sendirinye menjadi kering dan sebati dngn sendirinye...

*****kalau uli menggunakan tangan..masukkan air sedikit demi sedikit...jngn habiskan..ikut kesesuain...adunan masih melekit..make uli la seadenye.perap skejap hingge adunan naik.canai dan terap menggunekan acuan donat....semase mencanai kene taburkan tepung...atas dan bawah... tak letak tepung tak bole mencanai lerr nnti....biarkan donut naik sekali gande baru digoreng.

***letak tepung juge daiatas dulang...mse nak susun donut

SELAMAT MENCUBE......untuk hasil yng lbih baik gune tepung high protein dan superfine.....

***instant yeast ade jual dikedai barangan wat kek...peket berwarne coklat mude...


 anak2 i minat betul dgn donut ni, siap mintak bawak bekal g sekolah... klu teruja, jomlah buat!!!


Ahad, Mac 20, 2011

APA YANG TINGGAL SEKIRANYA DICERAIKAN SUAMI?

baru2 ini berkunjung ke rumah salah seorang ibu saudara sempena cuti sekolah, bawak anak2 kenal dgn saudara mereka tak kisahlah saudara jauh atau dekat... asalkan mereka kenal...

dalam sibuk2 berbual, terkeluar cerita dari ibu saudara ku kisah saudara kami juga yang baru diceraikan suami tak sampai seminggu lagi, terkejut jugak aku kerana pasangan ini sudahpun separuh abad usianya, yang lelaki 70 tahun ++ si bekas isteri 60tahun++...


risik2 jugak apa punca perceraian, tak dapat pulak nak dipastikan, nak kata orang ketiga, mcm x logik... nak kata ada yang tak kena pada pasangan, takkan baru sekarang nampak yang buruk setelah berpuluh2 tahun hidup bersama? entahlah, hanya mereka sahaja yang punya jawapan...

yang menyedihkan aku adalah cerita disebalik perceraian itu, bekas isteri sudahnya menumpang duduk dirumah saudara membawa bersama cucu dan anak menantu yang selama ini duduk dengannya...

kisahnya, cucu tak nak berpisah dgn nenek mereka kerana selama ini nenek yang mengasuh... rumah yang ditumpangi juga agak sempit, bayangkan betapa tidak selesanya keadaan itu...
menjadi tajuk cerita disini adalah, rumah dan segala harta yang ada semasa mereka masih suami isteri adalah hak milik si suami, dan bekas isteri langsung tidak memiliki sebarang harta atau sekalipun simpanan untuk dirinya, segala2nya selama ini ditanggung oleh bekas suami...

apalah harga yang tinggal pada diri ini andainya aku yang mengalami nasib seperti itu, minta dijauhkan...

kasih sayang yang disulam sekian lama ibarat tak pernah  mampu menebus sengsara yang ditanggung kini... ditinggalkan suami disaat hidup ini hanya tinggal sisa...

mungkin dia juga tak menyangka perkara ini berlaku kepadanya setelah sekian lama baginya itulah kasih sayang yang akan dibawa sampai mata tertutup, suami itulah yang akan menguruskan sakit pening ku disaat aku tidak berdaya lagi diusia tua, tempat aku mengadu... akhirnya ini yang terjadi...


ya Allah Kau lindungi dan kasihilah ikatan perkahwinan kami agar kami dapat bersama sehingga nafasku terhenti... amin yarabbal alamin...
mungkin soalan ini relevan dgn isu yg saya bawakan ini....,
apa yang tinggal pada diriku sekiranya diceraikan suami?

Isnin, Mac 14, 2011

TEMPAHAN APAM POLKADOT



jumaat lepas, menyiapkan tempahan apam polkadot sebanyak 200pcs...




yang ini untuk di pos ke kuala berang sbnyk 50pcs peanut butter filling + 50pcs chocolate filling, saja oder sbb adik dia dah lama teringin nak makan "apam bintik2 " katanya...
thanks afza, harap puas hati & boleh oder lagi lain kali...



ada warna putih tu peanut butter filling, yg lain chocolate, senang sikit nak bezakan...



ini pula untuk dalila, x ingat dia dari mana sbb dia pick up sendiri kat rumah...



100pcs, pilihan warna hijau, pink, kuning, inti chocolate untuk majlis birthday anaknya... thanks ila, harap puas hati & order lagi lain kali yer...


NOTE: gambar apam polkadot diatas adalah apam peringkat mula2 saya belajar buat apam dan mengambil tempahan, hasil apam adalah hasil dari saya yang masih merangkak2 untuk menghasilkan apam yang gebu satu ketika dahulu, untuk melihat apam polkadot yang terkini dari saya boleh klik SINI untuk ke page tempahan kuih muih saya, TERIMA KASIH





Ahad, Mac 13, 2011

KARI AYAM SIMPLE

menu kari ayam ni aku masak atas request si aiman nak sangat makan roti jala cecah kari ayam, yang dahsyat tu x nak kari orang lain, nak kari ibu masak jugak... kari beli x sedap dia kata, bertuah punya budak...
roti jalanya pulak, harus... beli aje, malas setakat nak melayan tekak dia sorang ayah dia cakap beli aje bukan dia tau pun... hehehee sori aiman, ibu x sempat nak menjala buat tempahan banyak ni, len kali ibu buat eh...

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

1 ekor ayam, potong kecil & bersihkan
santan (dari sebiji kelapa)
*serbuk kari ayam adabi (peket kecil)
*3 ulas bawang merah
*2 ulas bawang putih
*sedikit kunyit hidup
*5 biji cili api
2 keping asam keping
4-5 helai daun kari
2-3biji kentang potong kecil (optional)
minyak untuk menumis


panaskan minyak dalam kuali
blend halus bahan bertanda *
tumiskan dalam minyak panas hingga garing & naik bau
masukkan ayam, gaul rata hingga ayam sedikit kering
kecilkan api, masukkan santan anggaran hingga ayam tenggelam
masukkan kentang & asam keping
renehkan kari dgn api kecil, kacau sekali sekala
bila kentang & ayam empuk, masukkan daun kari
perasakan dgn garam & serbuk perisa
sedia untuk dihidang

mudahkan? apalagi, jom masak!!!
*******************************************************************************

Sabtu, Mac 12, 2011

MAT GEBU follow IBU GEBU!!!


 Assalamualaikum

entry ringkas ini terhasil dengan tujuan untuk menyampaikan ucapan ribuan terima kasih buat blogger kesayangan ramai che MAT GEBU yang sudi jadi follower saya

apa kes sampai buat entry2 khas ni kan? sebab bagi saya yang baru setahun jagung dlm dunia blogging, ini adalah satu penghargaan juga pencetus semangat buat saya terus menulis dialam maya ini

che mat blogger yg telah lama bertapak dalam bidang ini, menghasilkan beratus2 entry masakan, pelbagai ilmu & pengalaman telah dikongsi bersama tanpa mengharapkan balasan

jadi amat bersesuaian bagi saya & kamu2 semua untuk terus menyokong & menghormati jasa & hasil kerja blogger sejati ini

TERIMA KASIH CHE MAT & DAPUR TANPA SEMPADAN, KEEP BLOGGING & INSPIRED ME!

Selasa, Mac 08, 2011

JELAJAH BLOG KATEGORI IBU




assalamualaikum, N3 kali ini untuk menjayakan segmen khas dari abang ketak kita...
*******************************************************************************
saya ibu kepada 2 org cahaya hidup bukan setakat cahaya mata, sulung darjah 2 MOHAMAD AMIRUL AIMAN, sikecil yang manja NUR AIN NAJWA sedang melanjutkan pelajaran di tadika Yayasan Islam, berumur 6 tahun...
saya menamatkan kerjaya pada tahun 2009 setelah melalui episod sedih dah perit dalam kehidupan, menceburi bidang kerjaya swasta menuntut komitmen 200% yang adakalanya tak terdaya digalas...
setelah kurenung wajah kedua anak ibu yang masih perlukan kasih sayang, dan tak sanggup melihat mereka membesar ditangan org lain, akhirnya ku nekad mengubah haluan hidup ini dgn memilih menjadi suri rumah tangga buat suami dan anak2 yang mana lebih memberi ketenangan jiwa berbanding wang ringgit yang kukejar siang dan malam...
meminati dunia seni, terutamanya seni masakan, seni penulisan mahupun seni hiasan...
minat terbaru tentunya blog sejak2 dah manage time sendiri dirumah selain FB... ternyata aku boleh tambah ilmu, tambah kawan, tambah income... siapa tak suka...
*******************************************************************************
kenangan manis bergelar ibu tentu yang pertama dan utama sekali merasai kesakitan melahirkan anak yang telah dikandungkan selama 9 bulan, hanya tuhan yang tahu perasaan itu... mungkin org tak tahu akan tanya, kenangan manis apa kalau sakit? ha... itulah manis yg tak semua org boleh dapat, dan itu adalah satu anugerah!
********************************************************************************
kenangan pahit rasanya tak sesuai nak kata pahit sebab darah yang mengalir ditubuh saya dan anak walau kesusahan mana tak akan menjadi pahit, tapi itu adalah ujian dari yang di atas...
ketika anak2 ibu sakit atau demam sekalipun, biarlah ibu menggantikan kesakitan itu, saya selalu cakap dgn anak saya bila mereka sakit, "bagi ibulah demam itu @ bagi ibulah sakit itu"...
ujian teramat getir ketika aiman operation buang tonsil pada tahun 2007 di Century Medical Centre johor, puas aku menangis... namun segala ujian itu berjaya ku redah berbekalkan doa dan semangat dari suami dan keluarga...
*********************************************************************************
buat suami yang sudi memuliakan diriku menjadikan aku isterimu dan melayakkan aku melahirkan zuriat kita, tiada apa yang mampu ku ungkapkan... kasih sayangmu, biarlah tidak sesempurna orang lain tapi aku yakin dan percaya Allah telah mencipta 1000 kebaikan dlm dirimu dan bersamamu menjadikan aku sempurna...

**********************************************************************************
nasihat ibu buat anak2 ibu dan anak diluar sana kerana bagi saya anak org juga adalah anak saya bertuahlah jika kamu menyayangi & menghormati kedua ibu bapa mu, tapi jika tidak bersedialah kamu untuk diperlakukan sedemikian rupa oleh anak2 mu sendiri kelak...

"JANGAN DERHAKA KEPADA ANAK JIKA KITA TIDAK MAHU MEREKA MENDERHAKA KEPADA KITA..."

**********************************************************************************
harapan ibu kepada anak2 ibu, tuntutlah ilmu dunia dan akhirat kerana hanya dgn ilmu yg seimbang kamu akan berjaya, ibu sayang anak2 ibu!
**********************************************************************************
buat sigadis yang baru belajar mengenal hidup, petikan dari dr faisal tehrani.."kehidupan dunia bakal disusuli dengan kehidupan di akhirat"...jika kamu mengaku islam dan kamu adalah "manusia" kamu akan berjaya menafsirnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...