Ahad, Februari 13, 2011

BUANG BAYI:"SALAH TETAP SALAH, TAPI TAK BERMAKNA KITA TAK BOLEH BERUBAH"

menonton kisah yang dipaparkan di TV3 malam tadi mengenai kisah anak haram begitu menginsafkan, betapa kita manusia begitu cepat menilai asal anak haram sahaja, tiada tempat disisi masyarakat... dihina dan disisih...
memang anak haram lahir dari kesilapan ibu bapa mereka, ada yang melahirkan anak haram kerana dirogol, tapi anak yang dilahirkan itu tetap suci, sama seperti anak yang dilahirkan dengan perhubungan yang sah...
masih ada tempat sebenarnya untuk ibu dan bayi berlindung dan diterima contohnya seperti KEWAJA seperti dalam cerita tersebut...
tapi dalam kes buang bayi memang tiada kompromi
orang yang sanggup membuang bayi mereka adalah berdosa besar sama seperti dosa membunuh!
sudahlah berdosa kerana melakukan maksiat sehingga melahirkan anak luar nikah, dibuang pula anak itu... kalau hidup anak itu dan dijumpai orang lain lalu diselamatkan Alhamdulillah... tapi bayi malang itu terbujur tanpa nyawa lagi dengan keadaan yang amat tidak wajar, apa salah mereka?
bertaubatlah, dosa dan kesilapan yang telah lepas biarlah lepas, jangan diulang atau ditambah satu lagi dosa... amat berat siksaannya diakhirat nanti...
 ingatlah, hidup kita bukan hanya untuk dunia sahaja, tapi alam akhirat yang bakal menanti adalah lebih perit lagi sekiranya kita tidak bersedia... wallahua'lam...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...