Jumaat, Februari 11, 2011

NASI GORENG KAMPUNG ala ibu gebu...

simple je, orang baru nak belajar masak pun mesti pandai buat nasi goreng ni, saja nak tambah koleksi resepi dalam blog ni, besok2 dah tua boleh tengok balik... oh... macam ni entry aku masa muda2 dulu... heheheheee....



 B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

nasi (sepinggan)
bawang merah 2 ulas
cili api 3 biji ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)
bawang putih 1 ulas
sedikit belacan
kacang panjang (dalam 2 batang) dihiris nipis
telur sebiji
fish cake, fish ball, daging dihiris nipis, isi ayam (ikut citarasa sendiri nak tambah rencah apa lagi)
minyak untuk menggoreng
ikan bilis(digoreng)

blendkan cili, bawang merah, bawang putih dan belacan (kalau rajin boleh tumbuk)
tumiskan dalam minyak yang telah dipanaskan
tambahkan garam dan serbuk perasa
pecahkan telur dan gaul rata
masukkan bahan2 rencah yang telah dihiris nipis tadi
bila dah garing masukkan nasi
last sekali masukkan kacang panjang
hidang dalam pinggan dan taburkan dengan ikan bilis yang telah digoreng



...mudahkan? inilah resepi mak2 kita dulu guna bahan2 kampung aje... so, trylah...











Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...