Sabtu, Februari 05, 2011

GULAI KAWAH AYAM KAMPUNG

hambek gambar gulai ni dengan2 kuali sekali... ahahaha





...tengok sekali imbas mungkin orang cakap masak kari, boringlah masak kari...
...sesekali tukar selera pulak, hari ini ita masak gulai kawah ayam kampung...
...ayam kampung ni hubby beli kat pasar, tengok kelapa pun ada dekat rumah (biasa memang simpan stok, senang klu emergency nak buat kuih)

...gulai kawah ni lain sikit bahan2 dari kari biasa, biasa kalau ita dapat tempahan roti jala pun ita buat kuah stail macam ni, (selera org terengganu) mesti dapat feedback yg baik dari customer...
...encik hubby pun melambung pujiannya, makan dengan nasi panas.... pergh... tak ingat!!!!


B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

GULAI KAWAH AYAM KAMPUNG

seekor ayam kampung dibersihkan
(BAHAN A)
5 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih
1 in lengkuas
1 in kunyit
5 tangkai cili kering
2 sudu besar ketumbar (disangai & tumbuk halus)
2 sudu kerisik
1 sudu budu (optional)
2 sudu besar gula merah

(BAHAN B)
1/2 kg santan kelapa @ 3 kotak kecil santan segera
garam + gula + sedikit air asam jawa

BAHAN A kisar & tumis sampai naik bau
gaul bahan A bersama ayam didalam kuali
masuk 1/3 daripada kesemua santan
masak sampai ayam empuk
(tambah air jika perlu)
*TIPS: jangan masukkan garam selagi ayam belum empuk
apabila ayam empuk, masukkan kerisik, garam, gula merah, baki santan & air asam jawa
masak sampai mendidih, sedia untuk dihidang...
...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

*resepi ini memang sedikit manis sesuai dengan selera orang tempatan
*ayam boleh juga diganti dengan daging
~SELAMAT MEMASAK~


2 ulasan:

Norhafiza berkata...

perrrggggh! sekali bukak ada gulai kawah daaaaa...sedaaaaap..yes, mmg selera kita ada manis2 sket kan hehe..No tak tau bk buh kat mn just letak sini yek pasal soya tu hehe

>soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya boleh meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.<

setakat ni belum ada kajian terperinci lagi tapi mmg ada info dr email dan ada kwn2 tag dalam fb bagitau..entah la No pun tak pasti cuma mmg Ma cakap selaput dia kena buang dlu time basuh tu sbb mmg bahaya..just imagine kot yg kilang tu mmg tak buang kot huhuhuhuhu....klo ita senang2 leh search kat tenet ni..

airmataibu berkata...

betul ke no? ngeri jugak baca ni... nanti ita try search lagi nak dapatkan kepastian... neway, thanks atas information yg amat berguna ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...