Selasa, Februari 15, 2011

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG


macam biasalah, aku klu masak suka guna bahan2 seminimum yang boleh dgn kos2 yang paling murah dan cara yang paling simple, so... bagi yang budget ciput bolehlah try......

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

5 ekor ikan kembung (bersihkan)
*5 tangkai lada kering (celur & sejukkan)
*2 biji bawang merah
*2 biji bawang putih
*sedikit kunyit hidup
*sedikit belacan
(blend bahan bertanda *)
air asam jawa
minyak untuk menumis
air
garam & serbuk perasa
sedikit daun kesum


panaskan minyak, tumis bahan yang telah diblender sampai garing
setelah lada garing, masukkan air asam jawa (agak2 boleh tenggelamkan ikan)
bolehlah masukkan ikan dan didihkan kuah sampai ikan masak
perasakan dengan garam dan perasa
akhir sekali masukkan daun kesum
sedia untuk dihidang


amacam? senang tak? senang kan? walaupun senang & menggunakan bahan yang paling minimum, tapi hasilnya... superb!!! tak caya? cubalah sendiri...

2 ulasan:

Neena J berkata...

hihih.singgah dari blog abg ben
ohhh.macam ni jeh ke nak buat?
hihihih..
okeh bolehla nak try..
ngeee..

airmataibu berkata...

try jgn x try, klu x try rugi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...