Rabu, Februari 09, 2011

LAMAN SOSIAL MEDIUM TAMBAH DOSA!!!


...bismillahirrahmanirrahim, bukan tujuan nak menimbulkan provokasi, ita memuatkan entri ini untuk berkongsi apa yang selama ini tidak ita sedari, dan juga sahabat2, saudara2 seislam ita yang lain...
...memang dah lama ita pehatikan perkara ini tapi bak kata org muda sekarang malas nak ambik port, tapi hari ini, pagi ini terbuka hati untuk menggerakkan jemari diatas screen dengan tujuan hanya satu, berkongsi ilmu agar kita tidak terus menjadi umat yang hidup dalam kejahilan tanpa kita sedari...
sekarang macam2 laman sosial ada, tapi biasanya kita banyak upload n share gambar dalam facebook dan blog... dalam keseronokan kita upload gambar2 segala macam aktiviti kita, kita lupa satu perkara, apa tujuan aku upload n share gambar2 tu?

ada rakan2 memuatkan gambar ketika mereka bercuti, berkelah, makan, mandi pun ada... dengan tujuan nak share dgn kawan2 betapa gembiranya hidup aku, betapa bahagianya family aku, betapa ramainya kawan aku... itu tak jadi masalah asalkan kita tak lupa batasan agama..
kalau ditanya batasan aurat seorang wanita kepada bukan muhrim, mungkin budak tadika pun pandai jawab sebab masing2 dah belajar agama, maknanya semua orang tahu, tapi yang kita tak sedar, kita pergi kerja mungkin kita pakai tudung tutup aurat dah lepas dosa aku bisik sipolan dalam hati, tapi gambar dekat FB dah check belum? tutup aurat tak?

bukankah anda sedar FB ni rangkaian WORLDWIDE, maknanya satu dunia boleh jadi senarai rakan kita jika kita setuju & approve..., senang2 mereka yg bukan muhrim dapat tgk aksi2 kita, dalam masa sama mereka bagi share dekat kita saham neraka!!!

dah2lah kita tak tutup aurat tu satu dosa, kita bagi pulak senang2 org bukan muhrim menatap segala aksi kita dan tambah lagi satu dosa, bagaimana pulak klu org yg tengok tu meniru apa yg kita buat, misalannya..."wah, cantiknya sipolan tu pegi majlis pakai skirt pendek, esok aku ada jamuan nak pakai mcm tu jugalah... " orang itu melakukan dosa kerana melihat dan mencontohi perbuatan kita, dapat lagi saham neraka... !!!

anda kiralah sendiri... tak payah satu hari, dalam satu jam orang yang menyumbang saham dekat anda berapa ramai? kalau satu hari didarab dgn berapa ramai orang tengok tu? itu kalau sehari dia tengok sekali, kalu dia tak puas tengok sekali? dia akan tengok berkali-kali.?

sebulan pulak? setahun? anda bayangkan nak sampai habis nyawa anda berapa banyak dosa terkumpul anda hanya dengan anda mencipta akaun FB yang penuh gambar2 syubahat tersebut?...

astaghfirullahalazim, dahlah beramal pun tidak, kalau beramal pun, sempurna ke tidak? memang gerenti dapat pahala ke?

kita sendiri masih was2 inikan pula dosa yang ditopup setiap detik, setiap saat, dan setiap jam.... betapa hebatnya laman sosial ni, kita tengah mandi, tengah tengok tv malah tengah tidur pun saham neraka masyuuuukkk....

tiba saat menghadap Allah esok, total dosa engkau sebanyak sekian...sekian...sekian... baru nak tanya, eh! bila masa aku buat dosa banyak ni?????

...banyak lagi sumber yang memberi anda saham neraka dan dosa kering ini, bukan sahaja dari permasaalahan aurat tapi juga cara berpakaian, apa yang kita kongsi bersama rakan2 kita, komen2 berbentuk negatif atau fitnah,

adakalanya kita terlalu expose sangat dengan aktiviti kita segala benda kita buat kita nak kongsi dengan kawan2 kita, tapi, itu juga boleh juga mendatangkan iri hati kepada orang lain, mula nak melaga2kan kawan, cakap perkara yang menyakitkan hati kawan, itu semua bunga2 kepada kehancuran yang dicipta oleh pengasas FB yang juga bukan seorang islam...
tak salah nak bersosial, ada bagusnya juga FB ni bukan semuanya tak bagus, bagi org2 meniaga boleh bantu mempromosikan produk mereka, menyebarkan maklumat2 semasa...

tapi yang ita huraikan diatas tadi silalah ambil iktibar, masih belum terlewat lagi, maafkan ita kiranya ada yang tersinggung dengan entri ini, kita semua manusia biasa tidak sempurna, yang lebih sama2 dikongsi dengan yang kurang untuk mencipta kesempurnaan itu, betapa cantiknya islam...

jangan pula cakap "oh... aku tak tau pulak berdosa," amat jahil dan memalukan alasan itu, padamlah segala gambar2 yang boleh menyumbang saham2 neraka itu dari akaun laman sosial anda...

kerana tanpa kita sedari ini adalah permainan orang2 kafir untuk menyesatkan dan menghancurkan umat islam dalam bentuk keseronokan yang tidak kita sedari...


jika anda renungi kembali, kenapa hidup aku sentiasa susah, duit sentiasa tak cukup, doa aku Allah tak makbulkan, keluarga aku berpecah belah, hati aku sentiasa tak senang, inilah racunnya yang telah meracuni seluruh hidup anda kerana anda berterusan melakukan dosa hanya dengan sekecil2 akaun laman sosial anda yang sebenarnya kalau tak ada pun anda boleh hidup, tapi bila dah ada anda gunakan pula untuk topup dosa anda... wallahua'lam...

2 ulasan:

fRaMe+LenSeS berkata...

entry ni terbaek kak. Nadh suka sangat..secara tak langsung kan dsa yang kita tak sedar. T.T

IBU GEBU berkata...

betul tu nadh... kakak sedih sangat melihat saudara2 kita di luar sana yg mudah lupa & buat sesuatu perkara suka ikut2an tanpa berlandaskan ilmu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...