Isnin, Februari 28, 2011

SOTO AYAM JB TERSEDAP ABAD INI

sebut pasal soto, anak jati johor memang malulah kalau tak kenal, sebab soto memang sinonim dgn johor... negeri lain tak jumpa, klu jumpa pun tak sama taste nya...
klu area aku ni kat bandaraya JB atau lebih "close up" lagi, area tampoi, soto ni paling sedap... 
aku klu balik JB sekali sekala memang tak lepas peluang cari soto sbb kat area jertih, trganu takde orang jual, klu bandar Kuala Terengganu ada kat food court MYDIN MALL... so, klu sesekali teringin sangat nak makan kenalah buat sendiri...
soto yang dalam gambar diatas ni premis dia di PUSAT PERNIAGAAN BARU, TAMAN DAHLIA, cari aje kat area orang jual makanan mesti jumpa, tapi pagi aje ada, silap2 klu pegi pukul 11 pun dah habis, lagi2 klu hari ahad... harga standard RM 3(mungkin dah berubah harga ikut barang semasa) klu amik begedil + 50sen... murah & sedap!!! cubalah...

ANWAR HADI aku jatuh cinta!!!

siapalah mamat yang tengah senyum senget ni? macam bagus jer...
memang bagus pun, entry khas ni pun aku tujukan untuk beliau sebab aku bangga sangat ada rakyat malaysia macam ni...
dengan penyampaian beliau yang "berisi" dan lawak membuatkan beliau antara vlogger terpemes abad ini...
 hi, nama saya anwar hadi...
setiap video beliau tak lupa untuk bagi salam, contoh yang baik...
ada orang suka dan ada orang tak suka dengan video2 beliau, yang tak suka tu agaknya terkena batang hidung sendiri kot... biasalah dik, bukan senang nak senangkan hati semua orang ni... yg penting anwar hadi tetap cool!!!
anwar hadi juga ada blog@whatever you say i am entry beliau obviously in english... tapi aku lebih suka layan video...
kebanyakan video berkisar mengenai isu semasa so x boring aaa... tapi yang lebih penting, semangat kemelayuan anwar hadi yang patut diberi pujian (walaupun beliau speaking mcm air), dan itu yang membuatkan aku minat giler kat dia...
sekarang ni, anwar hadi tengah further study beliau di Macquarie University, Sydney, wish u luck n jangan lupa solat... almaklum, duduk negara orang banyak godaan, so tetapkan niat i.Allah berjaya...
miss u much, kakak bangga dengan segala usaha awak selama ini n keep inspired us!!!


Ahad, Februari 27, 2011

KLINIK PAKAR KULIT THANNI, jln Ah Fook, JB

balik JB minggu lepas, tak lepaskan peluang pegi mintak ubat gatal dekat klinik pakar kulit thanni, sebelum ni pergi klinik biasa dekat jertih ni dah dekat 3 klinik pegi tapi tak baik... try klinik thanni pulak... hmmm, rabak jugak RM130, takpelah janji baik... ye tak?

klinik ni memang sentiasa full, klu tak buat appointment dulu memang masak ...aaa menunggu!

ini ubat ubatan yang dibekalkan oleh doktor, sebulan lagi kena updated status untuk appointment seterusnya...


sabun mandi
lotion sapu
ubat makan
so, siapa2 ada masalah kulit tu, jgnlah segan2, sakit kulit tak semestinya gatal, jerawat pun ada ubatnya, adalah disunatkan untuk kita orang islam mencari penawar untuk sebarang penyakit, ha... dapat pahala lagi!


Khamis, Februari 17, 2011

TOP 5 ARTIS LELAKI PALING HOT!

setelah aku buat research selama setahun, (eceh... takde kerja sangat buat research sampai setahun) aku kaji, aku belek, aku perhati, aku nilai dan aku "ulangkaji", maka aku dah shortlisted top 5 jejaka idaman malaya paling HOT untuk tahun 2010, nak tau siapa duduk kat ranking no 1 dan siapa pula duk kat rangking no 5? layanzzzzz....


no 5 aku pilih...

 

cik pejal kita ni lah, siapa lagi superman malaysia...
(nasib baik x nampak underware merah tu...)

no 4 pula jatuh kepada...
(eh, pasal jatuh plak? bangun... bangun)


kenal tak nih? FTlah yang "sopan" dgn baju melayu cekak musang merahnya...

di tempat ke 3 hasil research aku adalah...


ha, inilah dia anak pak tahir yang always "menten" macho n cool...

tangga ke 2 pulak, jeng...jeng...jeng


mamat yang tengah tersengeh ni adalah bapa kepada ahmad mikail zidane, ada ciri2 bapa mithali tak?
(dlm kocek dia mmg byk tali, maklumlah nak terbang senang... hehehee)


last sekali aku umumkan rangking pertama pencarian jejaka HOT 2010, x syak lagi...


macamana nak kata tak HOT? ko tengok dada dia yg bidang tu...
(eh... xde...xde...xde... tu bini dia punya eh!)
setakat tu jeklah hasil kajian aku selama setahun duduk dlm makmal dan inilah hasilnya, korang perasan x muka 5-5 org ni mcm sama? memanglah orang yang sama... dah aku minat kat FAIZAL TAHIR sorang je nak buat macam mana?

puas aku belek muka org lain muka laki orang ni jugak yang timbul, sori ah geng! buat lawak seram di pagi khamis...

Selasa, Februari 15, 2011

ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG


macam biasalah, aku klu masak suka guna bahan2 seminimum yang boleh dgn kos2 yang paling murah dan cara yang paling simple, so... bagi yang budget ciput bolehlah try......

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

5 ekor ikan kembung (bersihkan)
*5 tangkai lada kering (celur & sejukkan)
*2 biji bawang merah
*2 biji bawang putih
*sedikit kunyit hidup
*sedikit belacan
(blend bahan bertanda *)
air asam jawa
minyak untuk menumis
air
garam & serbuk perasa
sedikit daun kesum


panaskan minyak, tumis bahan yang telah diblender sampai garing
setelah lada garing, masukkan air asam jawa (agak2 boleh tenggelamkan ikan)
bolehlah masukkan ikan dan didihkan kuah sampai ikan masak
perasakan dengan garam dan perasa
akhir sekali masukkan daun kesum
sedia untuk dihidang


amacam? senang tak? senang kan? walaupun senang & menggunakan bahan yang paling minimum, tapi hasilnya... superb!!! tak caya? cubalah sendiri...

Err .. Hye .. Saya Blogger Baru..

hai, saya memang blogger baru... tersangat2lah barunya, saya mula "menulis" since jan 2011, baru kan? almaklum baru jadi suri rumah seFULLtime, sebelum ni bergelumang dgn kerja keluar pagi balik petang, cukup bulan bayar hutang... heheheheee...
so, jomlah kalau nak kawan dgn saya!!! thanks ben...

Isnin, Februari 14, 2011

FASHA SANDHA SUDAH BERUBAH!

hari ini dunia hiburan tanah air dikejutkan dengan penampilan FASHA SANDHA dikhalayak ramai dengan penampilan seorang muslimah sejati, katanya perubahan ini adalah ikhlas sempena umat islam bakal menyambut sambutan MAULIDURRASUL esok...
Alhamdulillah, setelah timbul kisah2 panas melingkari hidup beliau, yang terbaru kisah beliau menipu dengan cerita2 kisah perpisahannya dengan Jejai, akhirnya inilah penampilan & perubahan yang memang ditunggu2 peminat beliau... siapa sangka fasha boleh berubah kan...


 manis sekali penampilan terbaru FASHA SANDHA

 inilah harapan ku yang entah bila akan menjadi kenyataan, agak2nya entry "mengusik" ni bakal diterbitkan lagi sekali tak dgn kisah yang betul2 berlaku? jangan marah kawan2, tak salah sebenarnya kita mendoakan seseorang agar berubah zahir dan batin, mungkin juga Allah akan membuka pintu hati fasha dan akan berubah jauh lebih baik dari kita... 


 ...itu semua kerja tuhan, bukan kita orangnya yang layak untuk menghukum... WALLAHUA"LAM...



insaflah fasha, aku dah lama dah insaf sejak2 kena BOO dgn "peminat"... (sila ketawa ye...)

Ahad, Februari 13, 2011

BUANG BAYI:"SALAH TETAP SALAH, TAPI TAK BERMAKNA KITA TAK BOLEH BERUBAH"

menonton kisah yang dipaparkan di TV3 malam tadi mengenai kisah anak haram begitu menginsafkan, betapa kita manusia begitu cepat menilai asal anak haram sahaja, tiada tempat disisi masyarakat... dihina dan disisih...
memang anak haram lahir dari kesilapan ibu bapa mereka, ada yang melahirkan anak haram kerana dirogol, tapi anak yang dilahirkan itu tetap suci, sama seperti anak yang dilahirkan dengan perhubungan yang sah...
masih ada tempat sebenarnya untuk ibu dan bayi berlindung dan diterima contohnya seperti KEWAJA seperti dalam cerita tersebut...
tapi dalam kes buang bayi memang tiada kompromi
orang yang sanggup membuang bayi mereka adalah berdosa besar sama seperti dosa membunuh!
sudahlah berdosa kerana melakukan maksiat sehingga melahirkan anak luar nikah, dibuang pula anak itu... kalau hidup anak itu dan dijumpai orang lain lalu diselamatkan Alhamdulillah... tapi bayi malang itu terbujur tanpa nyawa lagi dengan keadaan yang amat tidak wajar, apa salah mereka?
bertaubatlah, dosa dan kesilapan yang telah lepas biarlah lepas, jangan diulang atau ditambah satu lagi dosa... amat berat siksaannya diakhirat nanti...
 ingatlah, hidup kita bukan hanya untuk dunia sahaja, tapi alam akhirat yang bakal menanti adalah lebih perit lagi sekiranya kita tidak bersedia... wallahua'lam...

Sabtu, Februari 12, 2011

ALLY ISKANDAR SUDAH BERTUNANG

akhirnya abang pendekku selamat melangsungkan pertunangannya dengan Nur Aisy'ah Zainal yang juga merupakan naib juara gadis melayu musim pertama,
elly sebelum ini pernah digossipkan dengan beberapa nama dalam industri hiburan antaranya fafau dan elyana, akhirnya gadis manis ini menjadi pilihan hatinya...


majlis berlangsung dengan jayanya malam kelmarin, semoga kekal sampai saat disatukan nanti... amin
 tahniah abang pendekku... 
sumber diambil dari www.ohbulan.com



Jumaat, Februari 11, 2011

NASI GORENG KAMPUNG ala ibu gebu...

simple je, orang baru nak belajar masak pun mesti pandai buat nasi goreng ni, saja nak tambah koleksi resepi dalam blog ni, besok2 dah tua boleh tengok balik... oh... macam ni entry aku masa muda2 dulu... heheheheee....



 B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

nasi (sepinggan)
bawang merah 2 ulas
cili api 3 biji ( kalau nak pedas boleh tambah lagi)
bawang putih 1 ulas
sedikit belacan
kacang panjang (dalam 2 batang) dihiris nipis
telur sebiji
fish cake, fish ball, daging dihiris nipis, isi ayam (ikut citarasa sendiri nak tambah rencah apa lagi)
minyak untuk menggoreng
ikan bilis(digoreng)

blendkan cili, bawang merah, bawang putih dan belacan (kalau rajin boleh tumbuk)
tumiskan dalam minyak yang telah dipanaskan
tambahkan garam dan serbuk perasa
pecahkan telur dan gaul rata
masukkan bahan2 rencah yang telah dihiris nipis tadi
bila dah garing masukkan nasi
last sekali masukkan kacang panjang
hidang dalam pinggan dan taburkan dengan ikan bilis yang telah digoreng



...mudahkan? inilah resepi mak2 kita dulu guna bahan2 kampung aje... so, trylah...











DOSA!!!sanggupkah anda TAMBAH lagi? part 3

kadang2 ada orang cakap video2 berbentuk ghaib atau ganjil tak boleh dipercayai kemungkinan camera trick atau sebagainya, biarlah kalau ada orang nak menipu itu dosa antara dia dengan Tuhan, tapi ita lebih percayakan kepada instinct, kejadian2 yang dipaparkan akan terkesan dihati, justeru menimbulkan keinsafan kepada siapa yang melihatnya, tak salah rasanya berkongsi apa yang ita rasa dgn orang lain yang mungkin ingin merasai perasaan itu, mudah2an dia juga akan menginsafi diri sendiri yang begitu kerdil dibumi Allah ini... wallahua'lam...






DOSA!!!sanggupkah anda TAMBAH lagi? part 2

"DIA membiarkan dua lautan mengalir yang kemudiannya kedua-duanya bertemu. Antara kedu-duanya ada batas/sempadan yang tidak dilampaui antara satu sama lain" -surah Al-Rahman ayat 19-20

 

sedangkan air yang tidak bernyawa patuh kepada Tuhan penciptanya dengan tidak melepasi sempadan yang telah dijadikan untuknya, inikan kita manusia yang diciptakan sempurna segala-galanya...

DOSA!!! sanggupkah anda TAMBAH lagi? part 1

video2 ini saya upload buat tatapan dan peringatan diri sendiri dan dikongsi bersama rakan2 saudara seislam saya yang lain, masih sempatkah kita untuk bertaubat?.....


Rabu, Februari 09, 2011

VALENTINES DAY HARAM DISAMBUT!!!

...dulu masa kita kecik2 atau zaman2 sekolah, mak bapak kita atau cikgu2 kita selalu cakap kalau time kita kena marah "TAKKAN ORANG MAKAN TAIK AWAK PUN NAK MAKAN TAIK?"

cukup sinonim dgn budaya kita zaman sekarang terutama adik2 muda belia yg baru nak kenal hidup, tengok orang sambut valentine kita pun nak sambut, tengok orang belikan awek's bunga kita pun nak beli..

sampai satu tahap sanggup serahkan body nak buktikan cinta di hari valentine.. amat jijik kalau anda tahu sejarah disebalik hari yang anda sambut dan agung2kan itu malah ada pasangan yg memilih tarikh pernikahan sempena sambutan valentine.. hari kasih sayang kononnya... belajar... belajarlah balik jangan jadi orang tapi tak berilmu... Allah akan susahkan hidup kita nanti.. MasyaAllah...

DENGAN HANYA MELUANGKAN SEDIKIT MASA ANDA INSYAALLAH ANDA AKAN TAHU KENAPA VALENTINE'S DAY TU HARAM UNTUK KITA MENYAMBUTNYA...

kalau masih ada yang menolak hukum Allah yang telah jelas ini dgn mengatakan "alah... peduli apa aku, itu tak boleh, ini tak boleh..." takutlah anda kerana sesungguhnya hati anda telah hitam dan tertutup dari mendapat hidayah ALLAH, wallahua'lam...

CARA MELAJUKAN BROADBAND

kalau anda guna broadband dia akan ada limit berapa gb kita boleh guna dalam sebulan...
biasanya kalau dah hujung2 bulan atau kita download dah mencapai tahap limit, dia akan kurangkan kelajuan broadband kita untuk mengelakkan pengguna lain mengalami gangguan line..
untuk mengatasi masalah ni, ita ada satu cara nak kongsi, walaupun ada beberapa versi nak lajukan broadband, tapi cara yang ni memang ita dah cuba dan memang BOLEH PAKAI lah... step dia pun simple n mudah nak ikut, so cubalah...
kalau dah cuba tu, tinggalkan komen anda dekat column dibawah k...
yelah, takkan terima kasih pun takde...

1- klik START
2- klik RUN
3- di ruangan open tu taipkan cmd
4- tekan ENTER (akan keluar command promt C:\Documents and Settings\...>)
5- taipkan ipconfig/all then akan keluar segala detail connection ip, subnet, gateway, dns, dan lain2
6- perhatikan keterangan connection
7- pastikan anda perhatikan broadband punya, jangan silap tengok IP address tu
8- taipkan ping 10.176.44.70-t (no IP ni contoh sahaja, anda kena taip ikut no IP yang terpapar pada skrin anda...)
9- tekan ENTER
10- pastikan ada balasan selepas anda tekan ENTER
11- peringatan: JANGAN CLOSE BOX TU!
biarkan ia "ping" tanpa henti & selama mana anda online
proses ini akan membuatkan anda sentiasa ada connection dan tak akan DC dgn server dan akan mempercepatkan proses penghantaran peket dan penerimaan peket
jadi ia akan mempercepatkan proses membuka web page
~SELAMAT menjamu selera eh! salah pulak, SELAMAT MENCUBA~



LAMAN SOSIAL MEDIUM TAMBAH DOSA!!!


...bismillahirrahmanirrahim, bukan tujuan nak menimbulkan provokasi, ita memuatkan entri ini untuk berkongsi apa yang selama ini tidak ita sedari, dan juga sahabat2, saudara2 seislam ita yang lain...
...memang dah lama ita pehatikan perkara ini tapi bak kata org muda sekarang malas nak ambik port, tapi hari ini, pagi ini terbuka hati untuk menggerakkan jemari diatas screen dengan tujuan hanya satu, berkongsi ilmu agar kita tidak terus menjadi umat yang hidup dalam kejahilan tanpa kita sedari...
sekarang macam2 laman sosial ada, tapi biasanya kita banyak upload n share gambar dalam facebook dan blog... dalam keseronokan kita upload gambar2 segala macam aktiviti kita, kita lupa satu perkara, apa tujuan aku upload n share gambar2 tu?

ada rakan2 memuatkan gambar ketika mereka bercuti, berkelah, makan, mandi pun ada... dengan tujuan nak share dgn kawan2 betapa gembiranya hidup aku, betapa bahagianya family aku, betapa ramainya kawan aku... itu tak jadi masalah asalkan kita tak lupa batasan agama..
kalau ditanya batasan aurat seorang wanita kepada bukan muhrim, mungkin budak tadika pun pandai jawab sebab masing2 dah belajar agama, maknanya semua orang tahu, tapi yang kita tak sedar, kita pergi kerja mungkin kita pakai tudung tutup aurat dah lepas dosa aku bisik sipolan dalam hati, tapi gambar dekat FB dah check belum? tutup aurat tak?

bukankah anda sedar FB ni rangkaian WORLDWIDE, maknanya satu dunia boleh jadi senarai rakan kita jika kita setuju & approve..., senang2 mereka yg bukan muhrim dapat tgk aksi2 kita, dalam masa sama mereka bagi share dekat kita saham neraka!!!

dah2lah kita tak tutup aurat tu satu dosa, kita bagi pulak senang2 org bukan muhrim menatap segala aksi kita dan tambah lagi satu dosa, bagaimana pulak klu org yg tengok tu meniru apa yg kita buat, misalannya..."wah, cantiknya sipolan tu pegi majlis pakai skirt pendek, esok aku ada jamuan nak pakai mcm tu jugalah... " orang itu melakukan dosa kerana melihat dan mencontohi perbuatan kita, dapat lagi saham neraka... !!!

anda kiralah sendiri... tak payah satu hari, dalam satu jam orang yang menyumbang saham dekat anda berapa ramai? kalau satu hari didarab dgn berapa ramai orang tengok tu? itu kalau sehari dia tengok sekali, kalu dia tak puas tengok sekali? dia akan tengok berkali-kali.?

sebulan pulak? setahun? anda bayangkan nak sampai habis nyawa anda berapa banyak dosa terkumpul anda hanya dengan anda mencipta akaun FB yang penuh gambar2 syubahat tersebut?...

astaghfirullahalazim, dahlah beramal pun tidak, kalau beramal pun, sempurna ke tidak? memang gerenti dapat pahala ke?

kita sendiri masih was2 inikan pula dosa yang ditopup setiap detik, setiap saat, dan setiap jam.... betapa hebatnya laman sosial ni, kita tengah mandi, tengah tengok tv malah tengah tidur pun saham neraka masyuuuukkk....

tiba saat menghadap Allah esok, total dosa engkau sebanyak sekian...sekian...sekian... baru nak tanya, eh! bila masa aku buat dosa banyak ni?????

...banyak lagi sumber yang memberi anda saham neraka dan dosa kering ini, bukan sahaja dari permasaalahan aurat tapi juga cara berpakaian, apa yang kita kongsi bersama rakan2 kita, komen2 berbentuk negatif atau fitnah,

adakalanya kita terlalu expose sangat dengan aktiviti kita segala benda kita buat kita nak kongsi dengan kawan2 kita, tapi, itu juga boleh juga mendatangkan iri hati kepada orang lain, mula nak melaga2kan kawan, cakap perkara yang menyakitkan hati kawan, itu semua bunga2 kepada kehancuran yang dicipta oleh pengasas FB yang juga bukan seorang islam...
tak salah nak bersosial, ada bagusnya juga FB ni bukan semuanya tak bagus, bagi org2 meniaga boleh bantu mempromosikan produk mereka, menyebarkan maklumat2 semasa...

tapi yang ita huraikan diatas tadi silalah ambil iktibar, masih belum terlewat lagi, maafkan ita kiranya ada yang tersinggung dengan entri ini, kita semua manusia biasa tidak sempurna, yang lebih sama2 dikongsi dengan yang kurang untuk mencipta kesempurnaan itu, betapa cantiknya islam...

jangan pula cakap "oh... aku tak tau pulak berdosa," amat jahil dan memalukan alasan itu, padamlah segala gambar2 yang boleh menyumbang saham2 neraka itu dari akaun laman sosial anda...

kerana tanpa kita sedari ini adalah permainan orang2 kafir untuk menyesatkan dan menghancurkan umat islam dalam bentuk keseronokan yang tidak kita sedari...


jika anda renungi kembali, kenapa hidup aku sentiasa susah, duit sentiasa tak cukup, doa aku Allah tak makbulkan, keluarga aku berpecah belah, hati aku sentiasa tak senang, inilah racunnya yang telah meracuni seluruh hidup anda kerana anda berterusan melakukan dosa hanya dengan sekecil2 akaun laman sosial anda yang sebenarnya kalau tak ada pun anda boleh hidup, tapi bila dah ada anda gunakan pula untuk topup dosa anda... wallahua'lam...

Sabtu, Februari 05, 2011

GULAI KAWAH AYAM KAMPUNG

hambek gambar gulai ni dengan2 kuali sekali... ahahaha





...tengok sekali imbas mungkin orang cakap masak kari, boringlah masak kari...
...sesekali tukar selera pulak, hari ini ita masak gulai kawah ayam kampung...
...ayam kampung ni hubby beli kat pasar, tengok kelapa pun ada dekat rumah (biasa memang simpan stok, senang klu emergency nak buat kuih)

...gulai kawah ni lain sikit bahan2 dari kari biasa, biasa kalau ita dapat tempahan roti jala pun ita buat kuah stail macam ni, (selera org terengganu) mesti dapat feedback yg baik dari customer...
...encik hubby pun melambung pujiannya, makan dengan nasi panas.... pergh... tak ingat!!!!


B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

GULAI KAWAH AYAM KAMPUNG

seekor ayam kampung dibersihkan
(BAHAN A)
5 ulas bwang merah
4 ulas bawang putih
1 in lengkuas
1 in kunyit
5 tangkai cili kering
2 sudu besar ketumbar (disangai & tumbuk halus)
2 sudu kerisik
1 sudu budu (optional)
2 sudu besar gula merah

(BAHAN B)
1/2 kg santan kelapa @ 3 kotak kecil santan segera
garam + gula + sedikit air asam jawa

BAHAN A kisar & tumis sampai naik bau
gaul bahan A bersama ayam didalam kuali
masuk 1/3 daripada kesemua santan
masak sampai ayam empuk
(tambah air jika perlu)
*TIPS: jangan masukkan garam selagi ayam belum empuk
apabila ayam empuk, masukkan kerisik, garam, gula merah, baki santan & air asam jawa
masak sampai mendidih, sedia untuk dihidang...
...BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM...

*resepi ini memang sedikit manis sesuai dengan selera orang tempatan
*ayam boleh juga diganti dengan daging
~SELAMAT MEMASAK~


Rabu, Februari 02, 2011

KARIPAP SARDIN @ DAGING

...assalamualaikum sahabat, sebenarnya ni projek buat semalam tapi x sempat nak update, hari ni baru ada free..
...tapi tak apa masih panas lagi, belum basi...
...karipap ni ita buat 2 versi, kentang daging dengan sardin daging...
...order dari opis hubby, ada nak yang frozen & yang dah siap goreng, tapi yg frozen dah siap packing tak sempat nak snap hubby dah bawak gi opis... tengok yg belum packing pun jadilah...

...yang ni versi sardin kentang, kulit dia kelim dengan tangan sebab terlebih rajin...


 
...susun dalam tray tunggu Q nak masuk oven...


...yang ni pulak versi daging kentang, dah malas nak kelim pakai cetak je...


...dah siap keringkan kulit, tunggu nak packing pulak...


...ini inti sardin kentang dah siap masak, tunggu masa nak dikerjakan... inti daging kentang pun lupa nak snap, alah... lebih kurang sama aje...


...on the way goreng & masuk kotak untuk delivery, atas dapur ada lagi tu tengah goreng, sempat lagi snap gambar dulu sekejap, takut lupa... almaklum mak cik ni dah tua...
...so, apa lagi order lah...


B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U

EPOK-EPOK FROZEN ALA LILI by Liliwati Kasdi
(thanks kak lili dengan resepi yang best giler!!!)

INTI
1kg kentang (potong dadu)
250g daging kisar
250g bawang besar(blend)
50g rempah kari daging (ita derhaka letak 1pek rempah adabi 24g aje)
garam secukup rasa

tumis bawang merah, rempah kari sampai naik bau
masukkan daging kisar, masak sampai daging empuk & betul2 garing (kalau tak garing inti tak sedap)
masukkan kentang+air sikit, masak sampai kentang empuk, perasakan dengan garam... sejukkan dulu sementara buat doh untuk kulit...


DOH

1kg tepung gandum
100g minyak masak
100g marjerin
2sdt garam (larutkan dalam 500ml air)

panaskan minyak+marjerin atas api sampai betul2 panas
buat kolam kat tengah2 tepung...curah minyak panas kat tepung
guna senduk untuk gaul sebati
masukkan air yang dah larut garam sedikit demi sedikit
uli sampai jadi doh & tidak melekat di tangan... rehatkan sebentar
sedia untuk dicetak

*untuk karipap frozen, atur karipap yang dah siap kelim dalam loyang
bakar sebentar dalam oven selama 10 min @ kulit kering
suhu 180c, sejukkan baru packing
*untuk resepi & gambar yang lebih jelas bolehlah link tuan punya resepi di SINI



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...