Selasa, Januari 25, 2011

ROTI JALA

bismillahirrahmanirrahim, semalam dapat order dari opis hubby roti jala 100pc, makcik dah lama tak menebar sebenarnya...
roti jala kuah kari ayam terengganu stail, ha... ada beza sikit kuah kari terengganu dgn kari biasa, tapi makcik lupa nak snap gambar kuah so, layan je lah roti jala ni...



B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U
Roti Jala
1kg tepung gandum
1 biji telur
sedikit pewarna kuning
sedikit garam
air
secawan minyak masak

bancuh semua bahan menggunakan blender
caranya mudah, masukkan telur, warna kuning, garam kedalam blender,
masukkan air dalam blender dan sedikit tepung
blend dahulu campuran tadi dan bolehlah masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam blender
selang seli dengan air untuk menghasilkan adunan yg seimbang
(rahsianya adunan yg seimbang air+tepung akan menghasilkan pusaran sebesar jari didalam blender)
ulangi langkah yang sama sehingga tepung habis
kemudian tambahkan minyak masak kedalam adunan, kacau sebati
bolehlah di tebar diatas kuali leper
selamat menjala!

5 ulasan:

suhaida berkata...

best..

faradilla amar berkata...

terliur tgk kuih muih ni.....

airmataibu berkata...

tak rugi belajar masak n buat sendiri ni, boleh jimat duit n yakin dgn sumber dan kebersihannya...

Norhafiza berkata...

cantiknya ita canai..No br dalam proses mencanai hehe...tp ada juga la kwn2 rapat tempah..dah rezeki kan alhamdulillah..eh, br No tau buh minyak dalam tu..klo 1/2kg kene buh 1/2cwn la ita ye?..nnt No nak try yg buh minyak la plak..

airmataibu berkata...

betullah tu, klu letak minyak ni adunan dia lagi cantik, bila dah canai atas kuali elok aje garingnya... tapi jgn terlebih minyak tak jadi sedap pulak k... tak apa no, proses pembelajaran ni sampai akhir hayat... asalkan ada orang sudi nak kongsi ilmu dgn kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...