Rabu, Disember 28, 2011

APAM POLKADOT WARNA PINK (MERAH JAMBU)



apam polkadot warna pink adalah warna yang amat digemari oleh kebanyakan pelanggan saya (sebab biasanya yang oder adalah perempuan) so, tak hairanlah jika warna ini menjadi pilihan mereka



untuk apam polkadot versi merah jambu kali ini, saya kongsikan foto tempahan dari adik fiza yang kini berada di perak

fiza membuat tempahan melalui e-mail meminta saya menghantar apam kerumah ayahnya di jertih sempena hari jadi saudara terdekat beliau... fiza ni antara customer yg baik & "tak banyak songeh" yang saya pernah berurusan, bayaran yang di bank-in juga lebih dari bayaran sepatutnya....

"tak apa, saya sedekah buat bisness kakak" katanya...

semoga murah rezeki fiza & proses menyiapkan apam beliau dijalankan dengan penuh senyuman & apam juga naik dgn begitu gebunya... (setuju tak bakers2 sekalian?)


hasil akhir setelah di packing

entry berkaitan:
RESEPI APAM POLKADOT


*entry ini dihasilkan bagi membantu pelanggan serta adik2 saya yang mencari ilham memilih warna yang cantik dan bersesuaian dengan citarasa mereka dalam menghasilkan apam polkadot yang menarik atau membuat tempahan untuk majlis2 mereka... harap dapat membantu




Khamis, Disember 22, 2011

TARIKH HARI IBU


Adakah kita merasakan kita telah menjadi ibu hebat?
Bagaimana pula dengan ibu2 yang berada di palestin yang pastinya jauh lebih hebat dari kita
(gambar dari google)


seorang sahabat maya dari negara seberang (indonesia) menghantar e-mail ucapan "SELAMAT HARI IBU" buat saya lewat petang tadi...

saya terpinga2 kerana setahu saya hari ibu telahpun disambut pada 8 MEI yang lalu

tapi, demi menghormati persahabatan kami yang bermula dari kunjungan beliau ke blog saya awal tahun ini, saya membalas juga ucapannya dengan terima kasih...

selagi masih ada sahabat yang mengingati & sudi pula memberi ucapan, apa salahnya kita hargai kan? walaupun mungkin kami memang tak akan pernah dapat bersua kerana faktor jarak...

selepas itu, untuk kepastian saya google semula berkenaan tarikh hari ibu yang sebenarnya, barulah saya tahu rupanya tarikh adalah berbeza mengikut negara...

memang tarikh hari ini 22 DECEMBER 2011 hari ibu disambut di Indonesia, tapi bagi Malaysia dan beberapa negara lagi telah menyambutnya pada 8 MEI 2011 yang lalu

tarikh ini akan berubah setiap tahun kerana yang paling tepat & mudah diingati adalah hari ibu di malaysia jatuh pada MINGGU KEDUA BULAN MEI
("minggu" disini merujuk kepada hari AHAD)

sumber: WIKIPIDEA


amat tersentuh dengan gambar ini, mungkinkah tiada lagi peluang untuk kanak2 ini mengucapkan  SELAMAT HARI IBU kepada ibunya? Mungkin hanya doa yang dapat dititipkan selepas ini
(gambar dari google)


*p/s: Bersyukur kerana masih mempunyai ibu yang melahir & membesarkan diri ini, hari ibu memang sepatutnya diingati & dihargai walaupun dengan sekecil kecil ucapan walaupun sebenarnya setiap hari juga seorang ibu mendambakan ingatan & kasih sayang dari anak anaknya... wallahua'lam


TIPS BUAT PASSWORD




Jika anda melihat ada kata laluan yang anda sedang gunakan seperti di bawah, BERHENTI!
 


Jangan  membaca post ini sehingga habis tetapi segera tukar kata laluan anda - sebelum anda terlupa. Anda mungkin akan membuat perubahan di beberapa tempat sejak kata laluan cenderung untuk digunakan semula untuk beberapa account.

Berikut adalah dua senarai yang disusun mula-mula oleh SplashData:

1. password

2. 123456

3.12345678

4. qwerty

5. abc123

6. monkey

7. 1234567

8. letmein

9. trustno1

10. dragon

11. beseball

12. 111111

13. iloveyou

14. master

15. sunshine

16. ashley

17. bailey

18. passw0rd

19. shadow

20. 123123

21. 654321

22. superman

23. qazwsx

24. michael

25. football

Tahun lepas, Imperva melihat 32 juta kata laluan yang dicuri dari RockYou, sebuah laman web yang digodam, dan mengeluarkan senarai Top 10 "paling buruk":

1. 123456

2. 12345

3. 123456789

4.password

5. iloveyou

6. princess

7. rockyou

8. 1234567

9. 12345678

10. abc123

Jika anda tidak melihat mana-mana kata laluan anda, itu berita baik. Tetapi, ambil perhatian bahawa kata laluan kompleks yang menggabungkan huruf dan nombor, seperti passw0rd (dengan "o" digantikan dengan sifar) mula masuk ke senarai 2011. abc123 adalah kata laluan yang bercampur-campur yang ditunjukkan dalam kedua dua senarai diatas.

Tahun lepas, Imperva menyediakan senarai kata laluan terbaik boleh dipraktikkan, yang dicipta oleh NASA untuk membantu pengguna melindungi sains roket mereka, antaranya adalah:

Ia harus mengandungi sekurang-kurangnya lapan aksara

Ia seharusnya mengandungi campuran empat jenis watak-watak - huruf huruf besar, huruf kecil, nombor, dan aksara khas seperti !@#$%^&*,;" Jika terdapat hanya satu huruf atau aksara khas, ia tidak boleh ada antara ciri-ciri yang pertama atau terakhir dalam kata laluan.

Ia tidak perlu nama, perkataan slanga, atau mana-mana perkataan di dalam kamus. Ia tidak seharusnya termasuk mana-mana bahagian nama atau alamat e-mel anda.

Berdasarkan itu, sudah tentu anda akan mencipta kata laluan yang agak mustahil, melainkan jika anda mencuba helah yang dikreditkan kepada keselamatan guru Bruce Schneir: "tukar sesuatu ayat kepada kata laluan".

Sebagai contoh, "
Now I lay me down to sleep" mungkin menjadi nilmDOWN2s, kata laluan 10-watak yang tidak akan dijumpai dalam mana mana kamus.

Tidak boleh ingat kata laluan? Schneir kata it's OK untuk menulis dan memasukkannya ke dalam dompet anda, atau lebih baik lagi menyimpan petunjuk di dalam dompet anda. Dengan syarat TIDAK menulis alamat web atau perkhidmatan yang digunakan untuk password tersebut. Cuba menggunakan kata laluan berlainan pada setiap perkhidmatan, tetapi jika anda tidak boleh berbuat demikian, sekurang-kurangnya mencipta satu set kata laluan yang anda gunakan di tempat-tempat yang berbeza.

sumber: yahoo


Rabu, Disember 21, 2011

PERTUKARAN UNIT / UNIT CONVERTER


gambar dari google

1 kg = 1000g (density)

1 inci = 2.54 cm (length)

1 liter = 1000 ml (volume)

banyak lagi unit2 lain yang boleh anda tukarkan di sini seperti masa, kelajuan & suhu

saya juga merupakan seorang ibu di dapur yang suka menukar2 unit lebih2 lagi  semasa ingin membeli loyang2 kuih atau menimbang berat tepung dan sebagainya...

harap2 ia juga dapat mebantu anda, SELAMAT MENCUBA!



KLIK SINI UNTUK KELAMAN WEB UNIT CONVERTER


Isnin, Disember 19, 2011

BLOG mamaLUV pageview bersamaan JARUM SAAT



apa yang istimewa dengan blogger ni? sewaktu mengunjungi blog beliau, terkesima seketika melihat PV yang sentiasa meningkat laju mengalahkan jarum saat!menurut mama, blog beliau mendapat perhatian setelah menyiarkan berita mengenai janin berusia 15 minggu boleh hidup... waah, rezeki kan?

Tahniah Mama, keep on blogging & kongsikan cerita2 mama lagi untuk kami semua ok...



JOM TERJAH BLOG MAMA

 p/s: tumpang bangga dengan golongan ibu & mama yg meningkat naik & telah berjaya dalam blogging yang pada mulanya hanya hobi suka2 & mangisi masa lapang

BUTA - SINGLE TERBARU FAIZAL TAHIR





JOM LAYAN!

kredit SoundCloud

Khamis, Disember 15, 2011

SABASUN HYPErRUNCIT kedai ini boikot produk israel


SABASUN = "SABAR dan BERSUNGGUH SUNGGUH"

lokasi kedai terletak ditengah2 bandar Kuala Terengganu ( bersebelahan JPJ)






first time pergi pasaraya ni kerana diperkenalkan oleh seorang sahabat suami, hati saya terus terpaut

pertama sudah tentu kerana harganya yang murah, pelbagai pilihan barang, sejuk mata memandang kerana rata rata dikunjungi oleh muslimin muslimat yang berpakaian sempurna selain satu keunikan yang jarang diperolehi dimana mana iaitu

KEDAI INI TIDAK MENJUAL PRODUK DARI AMERIKA & ISRAEL
(bagaimanapun, masih ada yg belum berjaya di BOIKOT sepenuhnya)



papan kenyataan yang dilekatkan gambar barang2 yang diboikot serta gambar keganasan tentera israel & amerika




memberikan pengunjung satu dimensi baru dalam membeli belah, disamping mendidik pengguna & pembeli islam terutamanya walaupun sekecil kecil hanya melalui berbelanja

diantara gambar2 yang dilekatkan juga terdapat gambar etika berpakaian bagi pelanggan muslim & bukan muslim (terlupa nak snap), jadi secara tak langsung pelanggan yang "terasa" akan malu sendiri & mungkin juga akan menyedarkan mereka... pekerja juga 100% pekerja bumiputra yang juga uniform mereka (wanita)  mengenakan hijab & berbaju labuh... masyaAllah, bagus kan?




mungkin ada yg terlintas difikiran, BOLEH LAKU KE KEDAI BANYAK SANGAT PANTANG LARANG NI? sampaikan pakai baju pun nak kena ada ETIKA bagai...???!!!

saya tak perlu jawab, anda cuba pergi sendiri tengok betapa lakunya kedai ni, sampaikan nak cari parking pun suami saya pusing 2-3 kali... saya rasa sangat bangga dengan kedai BUMIPUTRA ini yang sangat2 maju disamping ada nilai2 jihad fisabillillah di dalamnya (jihad tak semestinya angkat senjata sahaja ok kawan2)





disediakan juga tabung2 derma bagi yang bermurah hati (abaikan aiman yang tengah control macho tu...hehe)


p/s: entah kenapa hatiku berbunga2 riang saat berbelanja disini, pertama kerana dapat membantu menaikkan ekonomi orang islam BUMIPUTRA, pandangan mata juga terjaga & dapat pula bersedekah... BANYAK SUMBER2 PAHALA KAN?... wallahua'lam, hanya Allah yang dapat menilai amalan anda!

gambar dari laman web SABASUN


Isnin, Disember 12, 2011

WARDINA DAN ISU OMBAK RINDU



 
isu ke filem Ombak Rindu ni? trend sahaja kot... sebab filem ni sana sini diperkatakan pada waktu ini, bila dah lama sikit makin suam makin suam... itulah namanya trend

so, bagi yang suka mengikut trend pastinya tak nak TERLEPAS menontonnya... takutlah kawan2 tanya

"kau dah tengok belum OMBAK RINDU?"

malulah pulak kata belum tengok kan... (lebih malu dari TERLEPAS mengerjakan solat)

pagi tadi ada terbaca dekat fanpage wardina, cerita asalnya wardina mengajak rakan2 peminatnya menonton filem bergenre islamik dari negara seberang yang bertajuk "Hafalan Shalat Delisa"

naskah yang sarat emosi juga adaptasi dari sebuah novel, bagus niat wardina tu... dalam membaca komen2 yang diberi ada yg menarik perhatian saya & ingin saya kongsikan di sini















dah baca? so, apa kata anda?

p/s: manusia memang akan rasa hebat bila dapat jadi KEYBOARD WARRIOR, saya tak pelik bab2 nak jawab komen setakat kat FB, blog dan sebagainya  kerana saya lebih takut nak jawab apa depan Allah swt nanti... wallahua'lam

Khamis, Disember 08, 2011

WELCOME BACK ANWAR HADI!!!



dah berbulan jugak menunggu & ini adalah Vlog "terlatest" dari beliau...


CHECK IT OUT!!! still kelakar... cuma nampak badan agak sedikit berisi lah dik...



Rabu, Disember 07, 2011

Wordless Wednesday: CONFUSE



"BILA KITA DILAYAN ATAU DIBERI SESUATU YANG  DILUAR DARI LUMRAH KEHIDUPAN & KEBIASAAN  KITA"

SELAMAT PENGANTIN BARU NIEJA & NANA!



entry ini penghargaan kepada 2 orang sahabat baik ini NIEJA & NANA, yang begitu baik sudi menjemput saya ke majlis perkahwinan mereka yg berlangsung NOVEMBER lalu...

cantik kan kad perkahwinan mereka? yang warna pink  kad dari nieja


yang tema hijau ni kad dari nana, masa majlis tak berkesempatan nak jumpa sebab nana sedang sibuk bergambar dengan keluarga pihak lelaki dari batu pahat, so kakak minta maaf sangat2...

lain kali jumpa, kakak nak bagi kek coklat sebab awak kata sedap! hehe




KATA KATA YANG TIDAK TERUNGKAP:

1- Nieja sangat cantik masa kakak sampai tu, wlpun sedang hujan... tergambar keceriaan diwajah melayan tetamu walaupun cerita disebalik majlis hanya Tuhan yang tau, TAHNIAH MUMUN!

2- Kakak serahkan hadiah kawen dekat kazen awak yg pakai tudung yg mcm kembar tu, sebab time tu awak tgh sibuk dengan man

3- Nak sangat tandatangan guest book, tapi segan teramat sangat dengan uncle awak yg tunggu meja tu... dalam hati kata "kang dia tengok pulak aku tulis, dahlah tulisan tak cantik..." ahahaha... rugi2, last2 tak dapat nak ambik marshmallow!

4- Mama sangat peramah masa kakak tolong pack souvenir sehari sebelum dgn masa majlis, adik beradik dia sampai dari Ipoh, dari KB semua dia kenalkan dengan kakak
"ini adik kak nah ni ita..."
wahhh, rasa mcm org penting pulak... hehehe, tapi mmg respect kat mama! Masa majlis sempat jugak duduk sebelah dia sekejap, dia tanya mana anak2 kakak & bagi bungkusan gula2 tu utk mereka... dengan wajah yg tenang & terpancar kegembiraan menerima menantu... tak macam sesetangah mak pengantin CLUMSY GILA!


5- Hidangan paling best masa majlis adalah SIRA LABU!!!

6- Untuk majlis nana pulak, kakak tak berkesempatan lama kat situ sebab nak berkejar ke trganu pulak, ada urusan

7- Dari jauh turun kereta je nampak kek dulu, warna hijau sangat obvious!

8- Tema pink hijau melawankan majlis nieja pink baby blue.... dua2 tema tu adalah matching colour kegemaranku

9- Kakak tak kenal ahli keluarga nana yang lain, so wakilkan suami kakak utk bersalam dengan seorang abang yg jaga khemah kat situ, pakai cermin mata

10- Makanan sangat sedap, dengan bubur pulut hitam tu... my favourite!

Banyak lagi nak cerita pasal majlis korang berdua ni, ada masa balik setiu calling2 lah mana tau boleh jumpa kan? Kakak juga doakan moga perkahwinan kalian dipayungi rahmat dari Allah, kekal dengan sinaran kebahagiaan... walaupun genting mcmana situasi rumahtangga, tetap berjaya diselamatkan... dilembutkan kembali hati & dikurniakan sayang semula seperti mula2 kalian bercinta dahulu...

Apa yang penting, jangan jauh dari landasan Allah, jalan yang selamat adalah membawa perkahwinan kalian BENAR, JUJUR & ADIL pada jalan nya... pedulikan anasir2 luar yang mengganggu kerana kalian lebih mengenali siapa lelaki yang kini bergelar SUAMI mu itu...

p/s: Kakak sangat sayangkan adik2 kakak, kerana pertama nilaiannya letak dihati... korang berdua sangat IKHLAS walaupun kakak bukan siapa siapa... wallahua'lam

Isnin, Disember 05, 2011

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY



tajuk pilihan: ZAIN TAK MAHIR

klik sini untuk join

TARIKH TUTUP 7hb DECEMBER 2011


*aceli, saya consider 2 tajuk ZAIN TAK MAHIR atau ZAIN TAK BERAPA MAHIR... so terpulang pada mak nak pilih yang mana... (tajuk sempena demam maher zain sekarang ni)

Khamis, Disember 01, 2011

Hari Ini Hari AIDS Sedunia

penghidap HIV/AIDS (google)


Hari AIDS Sedunia
disambut pada 1 Disember setiap tahun untuk memupuk kesedaran mengenai wabak AIDS yang disebabkan oleh jangkitan HIV. Pada hari inilah menjadi kebiasaan untuk memperingati mangsa-mangsa yang terkorban akibat HIV/AIDS. Pegawai kerajaan dan kesihatan turut menyambut hari ini dengan berucap atau berforum mengenai AIDS.



TAHUKAH ANDA: kebanyakan pesakit HIV/AIDS adalah kaum perempuan. Ini kerana alat kelamin lelaki yang terkena virus adalah diluar. Sedangkan perempuan virusnya ada di dalam. Ini menyebabkan penyebaran virus berlaku dengan begitu pantas!

Jumaat, November 18, 2011

ORDER CUP CAKE BERKAT, PERJUANGAN BERMULA




ini contoh cup cake berkat yang anda boleh order sempena majlis perkahwinan atau sebarang majlis...
untuk info detail, pertanyaan atau menempah boleh ke fan page fb TEMPAHAN KUIH MUIH JERTIH

pagi ni start projek order dari budak chubby ni, majlis perkahwinannya bakal berlangsung pada hari ahad ni 20/11/2011... kakak doakan semoga semua berjalan lancar hendaknya, amin

jangan nebes2... rilek je, time nikah jgn lupa bawak hp tau... lepas sah je cecepat tukar status FB kepada "married" ahahaha... saja je usik2 pengantin...




















barang2 baking dah standby... telur, tepung, gula, susu dah cukup... apa lagi JOM MASUK DAPUR!!!

*blog ni cuti agaknya 1-2 hari akibat dilanda kesibukan melampau hujung minggu ini... dengan tempahan segala bagai, dengan nak attend kenduri kawen dengan askar2 kat rumah dah start cuti sekolah... hadoi, mampukah aku melaksanakan semuanya???!!! (TIBA2 BERTUKAR JADI SUPERMAK!!!)

p/s: ENTRY INI DITAIP SAMBIL TIDUR BERDIRI

Khamis, November 17, 2011

CIUM TANGAN SERAH BARANG KEMAS

BAGAN AJAM - Taktik licik seorang ejen gores dan menang yang sanggup memujuk dua warga emas selama dua jam berbaloi apabila berjaya memperdaya mereka menyerahkan barangan kemas bernilai RM20,500 sebelum melarikannya.


Kejadian yang berlaku pada jam 2 hingga 4 petang semalam hanya disedari Che Siti Mahamud, 75, dan adik iparnya, Halimah Abdullah, 66, selepas ejen berkenaan keluar dari rumah mereka di Jalan Gangsa disini semalam.
 
Che Siti berkata, ketika kejadian dia bersama adik iparnya berbual kosong dalam rumah sebelum disapa oleh lelaki tidak dikenali sambil memaklumkan ingin membeli surat khabar lama dan botol kaca.

“Sebaik pintu dibuka, lelaki berkenaan meluru masuk dan duduk di meja makan bersama kami.
“Lelaki yang dipercayai berasal dari Sabah turut memaklumkan bahawa dia dan beberapa rakannya sedang mengesan seorang pemenang peraduan gores dan menang di kawasan ini untuk diserahkan sebuah peti sejuk yang dimenangi,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu kemudiannya bertanyakan nama penuh sambil mengeluarkan satu dokumen sebelum dilihat saya merupakan pemenang yang dicari itu.

“Saya dan adik ipar hairan kerana selama ini tidak pernah menyertai sebarang pertandingan, tetapi lelaki berkenaan tetap meyakinkan bahawa sayalah pemenang yang bertuah itu. Malah dia turut bersalam dan mencium tangan saya sambil mengucapkan tahniah.

“Dia kemudian menyuruh saya mengenakan baju baru untuk diambil gambar sebagai bukti yang hendak ditunjukkan kepada majikannya. Dalam masa sama mengarahkan saya menanggalkan dua gelang tangan yang dipakai dengan alasan ia boleh membias cahaya ketika gambar saya dirakam,” katanya.
Menurutnya, sepanjang bersama lelaki itu dia tidak langsung berpeluang bertanya soalan sebaliknya mengikut semua yang disuruh termasuk memberi gelang.

“Keadaan sama turut dialami oleh Halimah yang menanggalkan cincin emasnya selepas lelaki berkenaan bersalam dengannya dan kami hanya tersedar selepas dia keluar sebelum cuba mengejarnya, namun kelibatnya gagal dikesan,” katanya. SINAR HARIAN

*LEPAS NI KENA HATI2 DENGAN ORANG YANG TIDAK DIKENALI LEBIH2 LAGI BAGI GOLONGAN WARGA EMAS YANG TINGGAL BERSENDIRIAN ATAU SESAMA PEREMPUAN SAHAJA...

JANGAN TERLALU MUDAH NAK BUKA PINTU KERANA BILA PENJENAYAH DAH BERJAYA MASUK, AMAT SUKAR NAK SURUH MEREKA KELUAR SELAGI NIAT BURUK MEREKA BELUM TERCAPAI...

BIASANYA PENJENAYAH AKAN MEMERHATI & MENILAI PELUANG2 YANG BOLEH DIGUNAKAN SEBELUM MEMPERDAYAKAN MANGSA... JADI SENTIASA BERHATI2

BYE BYE ASTRO!

Astro Bakal Terima Pencabar, ABN Sasar Tiga Juta Pelanggan Selepas 5 Tahun

Berita baik buat mereka yang sudah bosan dengan kualiti perkhidmatan Astro ketika hujan.

Satu perkhidmatan TV berbayar akan memasuki pasaran yang kini di’monopoli oleh Astro ini seawal enam bulan pertama tahun 2012.

Perkhidmataan baru ini akan di’kenali sebagai Asian Broadcasting Network (ABN) yang telah mensasarkan 3 juta pelanggan dalam masa lima tahun operasi berjalan.

Yang lebih penting, ABN di’khabarkan akan menawarkan kadar yuran langganan yang lebih murah dari penyedia kini dan mensasarkan 500,000 pengguna awal selepas setahun beroperasi. ROTI KAYA




*semoga dengan kemunculan perkhidmatan TV berbayar oleh lebih banyak syarikat akan menghasilkan satu persaingan sihat, yang untungnya adalah pengguna kerana dapat memilih perkhidmatan terbaik dengan harga yg lebih fleksible... daripada terikat hanya dengan satu company... NAK TAK NAK HADAP JE LAH... NAMA PUN BAYAR TIAP2 BULAN!

Selasa, November 15, 2011

TIPS MEMENANGI HATI JEJAKA PEMALU

SEKADAR GAMBAR HIASAN... SORY REMY


1.
MASUK DALAM ELEMENNYA: cuba cari apa yang menjadi kesukaan dan hobinya.contoh... jika dia suka bersukan, cuba sesekali tengok ketika ada pertandingan atau semasa sidia sedang berlatih.. Jika dia suka bermain game, cuba temankannya.... sebenarnya kita tak sedar bahawa ketika seseorang sedang berada dalam elemennya atau minatnya, atau semasa melakukan perkara yang dikuasainya, ia akan berada dalam peringkat karisma dan kepercayaan diri yang tertinggi!

RASIONALNYA: si dia akan merasa dikuasakan dan diingini, k
etika kepercayaan dirinya tinggi, ia akan berasa lebih selesa untuk membuat anda tertarik padanya.

2. BERI PUJIAN: Cuba berikan pujian untuk perkara2 baru yang berlaku pada di dirinya. Beri pujian untuk sesuatu perkara yg dihasilkannya contoh...

"entry terbaru dalam blog awak sungguh menarik, saya suka membacanya..."

apabila anda memuji & menunjukkan minat, maka anda membina harga dirinya dan membuatnya ingin berkongsi lebih banyak tentang topik tersebut.
Bahkan ada kalanya dia akan berasa dirinya dihargai...

3. SEBUT NAMANYA dalam perbualan atau perbincangan anda contoh, semasa berkumpul bersama kawan2, usahakan untuk menyebut namanya atau setidak2nya perkenalkan si dia kepada kawan2 anda...

ini akan membuatnya menyedari bahawa anda menganggap bahawa dirinya penting.
Si dia akan lebih cepat merasa terikat jika anda menyebut namanya...


4. TANYAKAN SOALAN BERCORAK SUBJEKTIF: Contohnya: "kenapa awak berminat dengan pekerjaan awak sekarang?" atau...

"kenapa awak berpindah ke Terengganu sedangkan awak berasal dari Johor?"

Soalan-soalan seperti ini akan membuatnya bercerita tentang siapa dirinya.
Dengan cara ini, dia akan merasa lebih dikenali dan selesa untuk bersama dengan anda.

5. MINTA PERTOLONGANNYA: lelaki biasanya suka membantu wanita, lebih2 lagi jika pertolongan itu menjurus kepada perkara yang menjadi kemahirannya seperti membaiki radio yg rosak, membetulkan lampu garaj yg terbakar... dan sebagainya,

tapi kena pastikan anda ada bersama rakan semasa dirumah untuk mengelakkan terjadinya fitnah...


6. TANYA SOALAN2 AM: seperti makanan kesukaannya, hobinya, atau filem kesukaannya. Apabila anda mencari kesamaan dalam satu bidang, akan lebih mudah untuk menawarkannya melakukan kegiatan tersebut bersama.

FAKTA YG PERLU ANDA TAHU, lelaki jika pemalu akan takut setengah mati untuk memulakan gerakan pertama.
Jadi jika kita mengetahui hobinya yang kebetulan sama, lebih mudah untuk kita mendekatinya.Dari sini anda pun boleh mengukur minatnya kepada anda, jika anda sudah bersungguh2 untuk mendekati, tapi si dia masih diam membisu, maka anda tahu bahawa si dia belum atau tidak tertarik langsung dengan anda...

7. UCAPKAN SALAM DI AKHIR PERTEMUAN: jangan lupa juga kata2 "seronok hari ini dapat luangkan masa bersama awak, lain kali boleh kita jumpa lagi ya"...

i
ni adalah ucapan yang tidak terlalu terdesak dan memalukan, tapi sekaligus menunjukkan bahawa anda tertarik padanya.

Jika si dia memberikan respons positif sambil tersenyum, mengangguk, atau berkata "ya",mungkin hatinya juga sudah mula manyukai anda...

yahoo

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
PESANAN WANITA: dengan lelaki pemalu, anda harus berani memulakan langkah pertama. Namun perlu dipastikan, untuk semua langkah pertama itu, SI DIA HARUS MEMBERIKAN RESPON POSITIF... 

 Jika tidak, cepat2 lah angkat kaki  kerana tentunya anda tak ingin di gelar sebagai SYOK SENDIRI, berkhayal dalam angan2 dan terus mengharap si dia akan tertarik kepada anda...


INGAT bahawa si dia bukanlah satu-satunya lelaki di dunia ini, anda patut memberikan cinta kepada insan yang tahu menghargai cinta anda...




MB terengganu difitnah berkhalwat, ANGKARA BLOGGER!


  KUALA TERENGGANU - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said semalam, membuat laporan polis terhadap blogger berhubung fitnah kononnya beliau di­tangkap khalwat.

Laporan itu dibuat Setiausaha Politiknya, Wan Ahmad Nizam Wan Hakim di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 3.35 petang.

Selain laporan, Wan Ahmad Nizam turut menyerahkan bahan bukti berupa salinan laporan blog berkaitan isu tersebut yang dicetak bagi membantu siasatan polis.

Sebelum ini, Ahmad berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa penulis blog yang dikatakan memfitnah beliau kononnya ditangkap khalwat

Menurutnya, beliau terpaksa bertindak menyaman pemilik blog kerana terlalu sedih dan kecewa dengan fitnah melampau yang ditujukan kepadanya.

SINAR HARIAN

*dah tak ada idea sangat ke nak update blog sampai nak fitnah2 orang? dosa dapat, susah pun dapat... tak pasal2 kena saman & bakal dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa... banyak sangat ke duit hasil blogger sampai berani nak fitnah memfitnah ni? Menteri pulak tu.... hadoi, nak jadi blogger biarlah blogger yg bermanfaat, bukannya cari makan dgn menyiarkan berita yg tak tahu hujung pangkalnya... cuba rasa diri sendiri kena fitnah, MARAH TAK?

Khamis, November 03, 2011

5 LANGKAH UNTUK WANITA MENJADI PEMIMPIN YANG HEBAT!


1. Berikan kepercayaan kepada orang bawahan, tapi selalu semak hasil kerjanya. Mampukah mereka melaksanakan tugas, dan berikan mereka kebebasan untuk memberikan sebarang idea. Namun, secara rutin lakukan pemantauan bagi hasil kerja mereka.

2. Mengakui bahawa anda tidak akan selalu sempurna setiap hari. Bergeraklah cepat dalam menjalankan pekerjaan. Raih target yang anda inginkan dengan tenaga anda tersebut.

3. Belajar untuk selalu kuat & tabah. Setiap perempuan pasti akan mengalami pasang surut dalam kehidupan. Berusahalah untuk bertenang dalam  apa situasi sekalipun.

4. Berikan feedback seawal dan sekerap mungkin. Berikan pujian akan kejayaan pekerja, tapi pastikan mereka tahu apabila mereka melakukan kesalahan.

5. Lantiklah pekerja yang tepat. Sewaktu menemuduga pekerja, jangan hanya bertanya mengenai kejayaan atau prestasinya. Tanyalah mengenai kegagalan dan kesalahan yang pernah dilakukan calon pekerja tersebut, dan bagaimana mereka bangkit dari kegagalan tersebut.


*SAYA JUGA PERNAH DIBERI KEPERCAYAAN SEBAGAI PEMIMPIN DITEMPAT KERJA PADA SUATU KETIKA DULU, DAN ITU ADALAH SATU PENGALAMAN BERHARGA DALAM HIDUP... ENTAH BILA AKAN TERULANG LAGI!

Invisible Mouse



Mouseless - Mouse ajaib yang tak terlihat dan tak berbentuk. Mouseless (Invisible Mouse) ini sama sekali tidak wujud seperti mouse yang biasa kita lihat.



Pranav Mistry, di bawah naungan Fluid Interfaces Group MIT Media Lab, menciptakan ”mouse ajaib” ini dengan menggunakan teknologi laser dan kamera inframerah yang dapat dipasang di komputer.




Kamera dan laser inframerah sama-sama diletakkan dalam komputer. Modul sinar laser dimodifikasi sehingga dapat mengesan gerakan hujung jari. Cara kerjanya pun sama seperti dengan mouse biasa. Jika ingin menggunakan left click cukup mengetukkan jari telunjuk, begitu juga bila kita ingin menggunakan right click, hanya mengetukkan jari tengah kita saja.



Pranav juga telah dianugrahi penghargaan Invention Award 2009 dari Popular Science dan Young Innovator Award TR35 dari Technology Review karena Sixth Sense-nya.


*Bila agaknya teknologi ni akan sampai di Malaysia? nak jugak beli sebiji, takdelah kalut sangat working table saya... (kalau murahlah...)


Rabu, November 02, 2011

Wordless Wednesday ::HUJAN::



PADA SETIAP TITISAN HUJAN ITU, ADA RAHMAT ALLAH SEDANG MENANTI


SUTERAKASEH PHOTOGRAPHY Wedding & Engagement





Sesiapa yang bakal melangsungkan perkahwinan/mempunyai ahli keluarga yang bakal melagsungkan perkahwinan, SUTERAKASEH PHOTOGRAPHY meyediakan pakej promosi yang istimewa...

untuk menempah @ melihat hasil kerja kami sila lawati:

LAMAN WEB: http://www.suterakaseh.com
                        
FB fanpage: SuteraKaseh Photography



we in suterakaseh provide photography services specialty in wedding and other occasion such as engagement, birthday, aqiqah, personal events and also outdoor portraiture for pre/post wedding, couple, family and kid..
provide photography services specialty in wedding and other occasion such as engagement, birthday, aqiqah, personal events and also outdoor portraiture for pre/post wedding, couple, family and kid..

------------------------------------------------------------------------------------------------------------


bersempena dengan cuti sekolah yang hampir menjelang, pastinya ramai pasangan yang mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan...


masih tercari2 siapa yang ingin mengambil gambar untuk hari bersejarah anda?  SUTERAKASEH PHOTOGRAPHY adalah jawapannya...

sebenarnya pemilik perniagaan yang sedang berkembang maju ini adalah kakak satu sekolah dengan saya semasa di Johor, perkhidmatan photography dengan harga yang reasonable ini boleh ditempah untuk satu semenanjung... InsyaAllah, anda pasti berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan... JOM TEMPAH SEKARANG!



*SEMOGA KAK AN & SUAMI SEMAKIN MAJU DALAM PERNIAGAAN MEREKA INI, BANGGA DENGAN ANAK MELAYU YANG MEMPUNYAI HASIL KERJA SETANDING PROFESIONAL INI... HASIL KERJA BERSULAMKAN MINAT & KASIH SAYANG

Selasa, November 01, 2011

RESEPI KEK BUAH KUKUS



resepi ni saya dapatkan dari blog kakak masam manis kita iaitu kak azlita... tapi gambar saya tidaklah sejelita gambar kak ita... tapi itu bukan halangan untuk saya kongsikan resepinya disini...

untuk rujukan sendiri ataupun anak dara saya nanti kalau dia nak cuba buat, senang sebab ibunya dah simpan dlm blog...

adik2 & kawan2 yang nak cuba buat pun boleh lah study resepi ni dulu... bagi saya yang amatur ni, rasanya taklah susah sangat proses pembuatannya, cuma masa mengukus yang lama selama 4 jam...

izinkan saya sharekan disini pula ya kak ita...dengan memudahkan sedikit catatannya (eh, nama kita samalah kak...)

B.E.L.U.M.C.U.B.A.B.E.L.U.M.T.A.H.U
resepi asal: KAK AZLITA MASAM MANIS

Bahan-bahan ( loyang 10 x 10 )

450 g mentega
400 gula perang atau gula halus
5 biji telur - grade A
600 g tepung gandum
1 sk baking powder
1 sk cream of tar-tar
1 sk serbuk pala atau serbuk kayu manis
450 g buah2an campuran(mix fruits)
150 g kekacang badam
1 sk mix fruit esen @ esen oren
220 g gula pasir - utk gula hangus

----------------------------------------------------------------------------------------------------

Ayak tepung, baking powder, tatar dan serbuk kulit kayu manis dan gaul bersama buah2an campur dan kekacang. Ketepikan.

Mentega dan gula perang dipukul hingga kembang dgn mixer.
Masukkan telur satu-persatu dan terus pukul.
Masukkan juga esen pilihan.
Perlahankan mixer dan masukkan campuran tepung sedikit2 hingga habis.

Pada masa yang sama, gula pasir di goreng hingga hangus atas api perlahan,matikan api dan tuang kedlm campuran yang sedang diputar tadi dan gaul  hingga sebati.
Matikan mixer dan kacau adunan dgn senduk supaya benar2 rata.

 Tuang adunan ke dlm loyang yg telah di alas dan digris keliling.

Tutup loyang dgn aluminium foil dan ikat dgn tali rafia sekelilingnye.
(tujuannya untuk mengelakkan wap dari terlepas masuk ke dalam adunan)

Kukus kek selama 4 jam.
(cara kak ita) kukus dgn api kuat pd 1 jam pertama dan tukar pd api sederhana utk 3 jam seterusnya.
Buka aluminium foil setelah masak dan sejukkan kek.

p/s Jika tidak mahu menggunakan kekacang, boleh gantikan dgn menambah buah2an campuran lagi menjadi 600 g.


*KEK BUAH KUKUS NI TAHAN SEBULAN ATAU LEBIH, SESUAI UNTUK HIDANGAN RAYA ATAU JAMUAN2 JUGA KUDAPAN PADA HARI2 BIASA...JOM CUBA!

Isnin, Oktober 31, 2011

CARI DAN JADILAH SAHABAT YANG BAIK


“Perumpamaan bagi seorang sahabat yang baik dan sahabat yang buruk itu umpama bersahabat dengan PENJUAL MINYAK WANGI dan bersahabat dengan SEORANG TUKANG BESI.

Seorang penjual minyak wangi pastinya engkau boleh membeli minyak wangi itu, atau setidaknya mendapatkan aromanya walaupun hanya sedikit...

Sedangkan seorang tukang besi akan membakar badanmu atau pakaianmu atau engkau akan mendapat bau yang tidak sedap darinya...”


... mungkin ada yang kata, tak salah nak kawan dengan penagih dadah asalkan kita tak ikut perangai dia, pendapat itu betul bagi mereka... tetapi berapa ramai yang mampu mengawal nafsu agar tidak terjebak kelembah yang hina jika setiap hari kita melihat perlakuan jijik itu? adakah iman kita cukup kuat jika melihat sahabat kita hidup mewah dengan hasil meragut atau merompak? adakah kita tidak cemburu melihat rakan serumah kita berpakaian cantik & seksi kerana kerjanya seorang pelacur? TEPUK DADA TANYA SELERA...

sedangkan nabi yang dikurniakan Allah dengan sifat ma'sum iaitu sempurna dari melakukan dosa sepanjang hayatnya, juga masih bertaubat & memohon keampunan... inikan kita manusia biasa? betapa egonya kita...

*JIKA BARU TERSEDAR BAHAWA KITA SEDANG BERKAWAN DENGAN GOLONGAN2 INI, MASIH BELUM TERLAMBAT... SETIDAK TIDAKNYA, CUBA JANGAN TERLALU BERSAMA DENGANNYA SETIAP WAKTU... SEBELUM MENJAUHKAN DIRI, TAK SALAH JIKA KITA CUBA UNTUK MENASIHATINYA AGAR KEMBALI KEJALAN YANG BENAR... kerana sahabat yang baik didunia adalah sahabat yang mampu memberi manfaat kepada sahabatnya diakhirat kelak... wallahua'lam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...