TERBARU DARI IBUGEBU

Isnin, Mei 21, 2012

JUS CALAMANSI aka UBAT BATUK





JUS CALAMANSI atau nama kampungnya JUS LIMAU KASTURI, sangat sedap diminum sejuk atau bancuh guna air masak biasa sahaja, harga tak mahal 1 liter cuma RM 9

kenapa tajuk ni saya tulis aka UBAT BATUK? sebab kalau time saya rasa tekak saya perit, tanda2 nak kena batuk... saya akan bancuh jus ni dalam 1/2 cawan je dan minum sebelum tidur, insyaAllah dalam 2 hari akan ok semula... tak percaya? cubalah sendiri

mungkin sebab kandungan limau kasturi yg masam tu membantu mencairkan lendir & kahak dalam tekak kita, anak2 saya pun saya amalkan minum jus ni kalau mereka kena batuk... dengan syarat bancuh sedikit sahaja sebab jus ni masam manis, minum banyak2 takut tak lalu

biasa saya letak 2 sudu jus + 1/2 cawan air masak & diminum sekali lalu... sangat berkesan!





terdapat variety perisa untuk jenama NUTRIFRES ini, semua sedap2 belaka... dulu masa saya buka kedai jual ice blend memang saya guna jenama ini, tak nak jenama lain sebab harga murah, jus yang pekat & tentunya rasa yg sedap...



Rabu, Mei 16, 2012

RITA RUDAINI & AIDIL ZAFUAN, ALHAMDULILLAH TAK JADI CERAI



disamping nak kongsi gembira dgn berita ni, saya amat suka dgn tudung AIDIJUMA yang dipakai oleh Rita ni, antara koleksi aidijuma ada juga yang tak ikut spec yg betul dlm tuntutan syarak, pandai2lah memilih ok...



Dalam prosiding ringkas di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam petang ini, Aidil Zafuan membuat tuntutan balas terhadap permohonan tunjuk sebab bercerai daripada Rita Rudaini yang di’failkan minggu lalu. 


Menurut Aidil Zafuan, permohonan sebab dari pihak Rita Rudaini membuktikan yang isteri’nya itu masih mahu bersama beliau dan mahukan perkahwinan ini terus kekal.
Oleh itu, Aidil Zafuan bersetuju untuk membatalkan tuntutan cerai yang beliau failkan sebelum ini & memohon Rita Rudaini juga anak anak untuk berpindah ke rumah beliau di USJ 1.


“Meminta sebab adalah tanda dia (Rita Rudaini) tidak mahu bercerai & saya tarik balik. Saya juga menuntut dia & anak anak untuk berpindah ke rumah saya di USJ 1 sebagai tanda taat & setia kepada suami,” ujar Aidil Zafuan di luar dewan.


Di’tanya rasional atas tuntutan pindah rumah ini, Aidil Zafuan berkata beliau lebih selesa untuk tinggal di’rumah yang di’berikan majikan beliau kini & sesuai dengan pendapatan beliau sekarang.


kredit gambar & sumber: ROTIKAYA



alhamdulillah, mungkin masing2 masih menyimpan perasaan sayang, mungkin juga demi anak2... menangislah syaitan sebab pasangan adam & hawa ini tak jadi nak runtuhkan masjid & terselamat dari fitnah...




aidil jagalah rumahtangga baik2, tanggungjawab berat diakhirat nanti jika tak dapat jalankan amanah Allah dgn baik sebagai ketua rumahtangga, semoga rumahtangga kalian kembali harmoni... amin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...